Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

11 November 2014

Tak ada baju?

Uiks tajuk lain macam je. Ok this entry tiada kena mengena dengan 18sx tau. Ni nak cerita pasal masalah perempuan Bila nak keluar je mesti ade masalah takde baju. Padahal dalam almari berlambak lambak baju ye tak ? Yey kite geng. Dan boys mesti akan tertanya tanya ape la masalah perempuan ni sampai pilih baju pun susah? Jom discuss. 

Okay first . Kenapa kita taknak pakai sesuatu baju tu ? *take note*
1. Sebab baju tu kita dah pakai baru baru ini. Betul ? Angkat kaki ramai ramai and gi hempuk budak laki yang tak paham kita. Wuih jangan hempuk bebetul. Kang masuk court aku jugak yang disaman. "Sis Nurin suruh hempuk budak lelaki yang tak paham kami" Tak memasal kotoq nama ceq. Hikhik.

2. Sebab baju tu kita tak minat tapi orang bagi atau mama belikan. Colour tak memarik and corak macam orang tua. Betul wanita ? Semua kasi angguk itu kepala. Okay dah macam burung belatuk dah aku tengok. Tipu sangat la aku boleh nampak kan? Haha perempuan ni kalau baju tu tak kena kat mata dia memang sampai ke sudah dia takkan pakai. Kalau pakai pun terpaksa je . Ye tak payah tipu aku pun sama je kadang. Gelak sikit hhikhik . Puih geli tau geli.

3. Baju yang dipilih tu tak muat. Kau tau je la perempuan ni kadang kalau stress je makan banyak. Bila dah makan banyak badan pun naik kan. Paham paham je la kalau aku cakap badan naik. Lemak pun sama taraf je naiknya. Lepas tu pressure sebab berat bertambah. Then makan lagi. So kalian pikiaq je la ape jadi seterusnya. Tapi aku memang akui sangat la fakta ni. Makan boleh hilangkan stress. Lagi lagi kalau ada cekelat. Dulu aku memang hantu coklat. Then bila cadburry tu diisytiharkan jadi cadbabi , aku terus rasa muak nak makan coklat lagi. Rasa macam nak luahkan je segala cadburry yang aku dah makan. After that depa cakap halal pulak. Aku tetap tak makan cadburry lagi. Kembang tekak doe bila teringat. Kalau teringin sangat pun aku akan beli kit kat je. Mahal pun mahal la. Dah teringin kan. Okay aku dah melalut. Gelak sikit. Zz

Mungkin ni je kot sebabnya. Ade lagi gadis gadis yang nak tambah mungkin? Boleh la tulis kat ruangan komen. Meh kita tengok beza almari lelaki dengan perempuan.


Ha ni almari lelaki . Sangat simple kan ? Kau bukak je terus boleh pilih baju ape kau nak. Tak perlu serabut pikiran.

Okay ni la gaya perempuan yang tengah pilih baju. Macam ni la perangai aku kadang. Bercekak pinggang depan almari pastu memekak "umi, Ija takde baju!!!!" Kan sakai tu. Hahahahah

Cinta Alam Maya (part 2)

"Syaratnya kau kena belanja aku mol point (topup untuk game)" balas Iman

Imran pun berfikir dahulu sebelum membalas mesej Iman di facebook nya.

"Baiklah. Esok petang aku beli. Bila aku boleh belajar dota ni?"
"Aku akan ajar kau sebaik sahaja mol point tu masuk dalam akaun dota aku. Okay? Aku nak sambung gaming. Bye" 

Iman terus mematikan facebook lalu menyambung permainan video nya. Imran hanya tersenyum melihat mesej Iman. 

'Tak menyabar betul perempuan ni. Tunggu nanti aku dah pro aku akan buli kau balik. Hahaha Imran berkata kata dengan dirinya sendiri.

*keessokan hari*
Imran tergese-gesa keluar dari 7-eleven setelah selesai membeli mol point yang diminta oleh Iman. Tanpa Imran sedari , seorang gadis bertudung bawal juga tergopoh gopoh untuk masuk ke dalam kedai itu. Imran tidak perasan kehadiran gadis itu lalu mereka bertembung sehingga kedua-dua nya jatuh terjelopok. Imran rasa bersalah atas kecuaiannya . Dia ingin meminta maaf kepada gadis itu tetapi tidak kesampaian apabila gadis itu terus memarahi dirinya.

"Woi jantan kebret! Kau buta ke hape ha ?! Mata letak kat lutut ?! Kau tak nampak ke aku nak masuk tadi?"

Imran yang terperanjat dimarahi begitu terus sahaja membela dirinya.

"Saya minta maaf. Saya nak cepat tadi. Awak cedera ke?" 

Iman yang panas hati apabila dilanggar sehingga jatuh terus menambah lagi sakit hati lelaki di hadapannya itu.

"Kau saja je kan nak langgar perempuan kan? Cakap je kau nak ambik kesempatan. Celaka betul lelaki macam kau ni kan?"

Imran tidak mampu lagi menahan sabarnya. 

"Wei perempuan tak guna. Aku cakap baik baik kau maki aku. Pernah rasa kena tampar dengan laki tak?"
Tanpa menunggu lagi , imran terus sahaja keluar dari kedai itu. Dia tidak mahu bergaduh dengan perempuan. Tiada dalam kamus hidupnya untuk memukul atau mencederakan perempuan. Perempuan lemah. Mereka patut dilindungi.

Pada malam itu , Imran bergegas membuka facebooknya. Masa yang dinantikannya telah tiba. Dia mencari nama Iman dalan mesej facebooknya. 

"Iman online !" , getus hatinya

Imran terus sahaja menyapa Iman.

"Wei aku dah masukkan mol kau. Bila nak ajar aku ni?"
"Good job Imran. Okay on dota kau sekarang okay? Im waiting you in the game. Bye"

Selepas tiga jam Iman mengajar Imran,mereka pun berhenti bermain dan kembali berbual di facebook mereka.

"Imran,nak dengar cerita tak? Tadi aku pergi 7eleven nak jumpa kakak aku. Masa kat pintu tu aku terlanggar sorang mamat gila ni. Geram betul aku. Macam nangka busuk aku jatuh tadi. Hahaha" 

Imran terkejut membaca cerita Iman lalu dia bertanya kepada Iman.

"7 eleven mana yang kau pergi tadi?"
"Ala 7 eleven kat Time Square tu la" balas Iman 

Imran tersenyum dengan jawapan Iman. "Rupanya gadis bertudung tadi Iman ! Boleh tahan comel perempuan ni.", bicara Imran di dalam hati.
Dalam diam Imran sudah tertarik dengan gadis itu. 

****bersambung****

10 November 2014

Belagak ?

Aku ade story la sikit pasal orang belagak ni. First ape maksud belagak ? Cewahh macam karangan bm dah kena ada definisi bagai. Ok belagak ni bagi aku la macam satu perbuatan atau percakapan yang menjurus kepada riak. Uiks keluar dah ustazah dia. Hehehe. Aku ni kadang belagak jugak tapi dengan family je la. Dengan membe kurang sikit kut. Sebab family ni rapat dengan kita. So depa paham pe'el (perangai) kita macam mana. Jarang sangat family aku kecil hati dengan aku. Masing masing dah paham aku. Tapi kalau dengan kawan aku rasa macam tak patut untuk belagak. Takut jugak kena kutuk ke kena bash ke. Tak memasal aku kena berkurung dalam gua berkawan laa dengan kelawar. Tu pun kalau kelawar tu sudi jadikan aku kawan dia orang. Kalau tak ? Forever alone je laa kan. Ape la nasib. Uih jauh dah aku merepek.

Berbalik pada topik kita. Aku ni jenis layan je budak budak belagak. Seronok tengok orang belagak ni sebenarnya. Sebab nya belagak mereka tu boleh kita jadikan point untuk perli depa balik. Haha kalau bab perli perli ni memang serah je kat aku. Confirm kaw kaw gua kasi. Macam m16 tu kasi pom pom sampai la depa diam. Kalau dah diam tu maksud nye depa sedar la yang depa kena perli. Kalau kau dah perli tapi depa still lagi tak terasa tu aku cadang kau buat kenduri tahlil je. Kasi ingat sikit pasai mati. Hah tudia baru sentap abis kan. Story yang aku nak share ni sebenar nya pasal sorang kawan aku ni. Nama dirahsiakan la. Bukan nak kutuk. Cuma nak share je supaya tak ade la orang kat dunia yang jadi belagak macam kawan aku buat ni.

Pagi tadi SPM paper Sejarah. Hah memang ramai sangat 'suka' subjek ni kan. Aku tau laa . Tak payah tipu. Sebab aku pun sama. Sangat tak minat sejarah sejarah ni. Bak kata orang tua tua BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG. Aku cuma ikut je nasihat orang dulu dulu kan kan ? Ha semua ye kan. Entah pape la kau orang ni. Tapi bagi aku Sejarah ni memang patut semua tahu. Supaya kesilapan orang dulu dulu tu kau tak ulang. Kang kena jajah lagi baru tau. Aiyokk. Jangan biarkan pisang berbuah lima kali. Ewah perosak bahasa betul aku ni. Okay sambung story.

Nak dijadikan cerita masa pengawas exam tengah kutip kertas exam tu kawan aku tegur la kawan sebelah dia. Kebetulan pulak aku duduk belakang dia. Jadi dengan baik hati nya aku pun pasang la telinga. Wei kalau tak pasang telinga pun aku tetap dengar tau. Ha jangan nak kutuk aku pulak. Hahaha. Okey dia tegur kawan sebelah dia and berkata kata dengan kuat nya. Saja nak bagi aku dengar la tu. Kau tau dia cakap ape ? 

"Wei senang gila babi soalan ni kan?"

And kawan sebelah dia pun jawab

"Bole la. Haha *ketawa tak ikhlas*"

Hahaha kalau aku pun akan jawab macam tu . Aku tau ape perasaan orang yang menjawab tu. Sebab bagi aku la soalan sejarah kali ni macam quite susah la. Nak kata susah sangat tak jugak. Nak kata senang gila babi pun tak jugak. Medium la ha. Tapi kawan aku yang berkata senang gila babi tu memang rajin menghafal. Trial hari tu pun dia dapat A+ Jadi aku tak heran la dia cakap macam tu. 

Cuma pada pendapat aku la dia tak patut cakap macam tu. Sebab nya kita semua masih ada Allah yang maha kuasa. Orang yang riak ni selalu cepat je dapat balasan. Aku selalu kena bila riak sikit dengan adik aku tu. Tapi taubat dah. Takut aku nak riak lagi. Aku bukan doakan yang tak baik untuk dia. Cuma nak mengingatkan sahaja. Aku nak nasihat dia tapi takut kena marah lak. Sebab kawan aku ni jenis kuat marah sikit. Kang tak memasal dua cakap aku belagak suci. Aduhaii. Jadi aku hanya mampu diam dan terus diam. Tak apa la. Mungkin dia saja je gurau. Who knows ? Ok la aku harap sangat kau orang jangan riak walau apa pun rezeki yang Allah bagi pada kau. Bersukur lebih baik okay ? 

07 November 2014

Cinta Alam Maya (Part 1)

*facebook message*
"Wei Imran . Dota aku tak boleh on . Tolong la"
"Ah kau ni. Asyik tak boleh on je. Aku main okay je. Tu la kau perempuan. Dia suruh kau masak tu"

Begitu la Imran dan Iman. Setiap hari ber'chatting' di facebook. Tidak kira benda kecil mahupun perkara besar pasti Iman akan memohon bantuan dari Imran. Satu kelebihan Iman yang membuatkan Imran senang berkawan dengan dia ialah Iman sangat hebat bermain dota. Jarang jarang dilakukan oleh gadis lain. 

Mereka kenal sejak di bangku menengah rendah. Dan mulai rapat sejak menjejaki alam menengah atas. Imran seorang lelaki yang tidak berapa suka berkawan dengan perempuan. Namun tembok keegoannya telah dipecahkan oleh seorang gadis kecil molek yang sangat gemar bermain permainan video. Imran juga seorang yang pakar dalam bidang software. Dia sering membantu Iman jika sesuatu kerosakan berlaku kepada komputer Iman. Dota. Permainan video yang menemukan mereka berdua.

Imran sering dikalahkan oleh seorang pemain dota yang menggunakan nama QueenOfDota. Oleh sebab dia selalu tewas, Imran bertekad untuk mencari tahu pemilik nama itu. Sehingga satu hari dia menemui facebook pemain dota itu.

"Eh macam kenal je nama QueenOfDota ni. Baik aku add" 

Dalam masa yang sama Iman juga sedang sibuk melayan teman teman mayanya di facebook.

"Ada orang add. Siapa ya? Approve je la. Boleh tambah senarai kenalan aku."  
Bermula kisah perkenalan mereka. Imran yang mengetahui Iman sudah menerima dirinya di dalam facebook, terus sahaja menyapa gadis itu melalui facebook messenger. 

"Hai . Boleh berkenalan ?"
"Kau siapa tetibe je add aku?"
"Garangya. Aku Imran. Player dota yang selalu dikalahkan oleh QueenOfDota"
"Owh kau ke yang pakai nama ImranHandsome tu ? Mhahaha lembik! Tak pandai main dota jangan main. Buat malu kaum kau je la"
"Eh kau ni jangan kurang ajar. Aku tegur baik baik kan? Mana adab kau?"
"Okay maaf. Aku gurau je. Apa kata aku ajar kau main dota nak tak ? Tapi ada syarat."
"Boleh juga. Apa syaratnya?"

*****bersambung*****

P/s : maaf story budak budak. Banyak silap mohon beri tunjuk ajar. "Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Spm ?

Lama sudah hamba tidak berkarya di sini. Ha tudiaa ayat gramatis sudah keluar. Hahaha well aku tak tahu ape yang mendorong aku tetibe nak menulis dalam blog yang dah bersawang ni. Aku rasa last aku blogging dua tahun lepas kot. Ntah la hamba pun tak ingat. Walaupun tak ada reader yang sudi membaca karya saya ini tetapi saya mahu juga meluah idea di sini. 

Oke berbalik pada topik. Spm. Baru 4 subjek berlalu pergi tapi gua dah rasa pecah kepala macam kena headshot  Pom Pom ! Aduhaii spm. Tahun ni kbat baru dimulakan. Dan kami la mangsanya. Ape kau ingat harimau je tau cari mangsa ? Spm pun pandai tau. Aku teringat masa first day spm. Gabra bukan main. Sampai karangan pun aku pulun tulis laju laju sebab masa dah nak abis. Tulisan memang tak payah cerita laa. Cakar ayam tu pun lagi berseri laaa. Haih

Bahasa inggeris for the second day. Aku mula mula memang terkejut beruk la bila essay story tu dia bagi situation kau tau. Aku macam nak hentak je kepala lembaga ni tau. Before this essay untuk story ada starting or ending with. Kali ni dapat situation fisherman. Macam nak mati aku dibuatnya. Tapi memikirkan masa depan gua yang masih panjang terpaksa ku cekalkan jugak hati ini. Ewahh. Dan paling aku tak boleh blah bila citer fisherman tu aku pusing sana pusing sini jadi cerita cinta. Aku syak mesti pemeriksa tu gelak gua punya story. Hamba pasrah saja la. Bukan ada nama aku pun kat paper tu. Hahahaha. Benda dah lepas jangan kenang.

Masuk hari ketiga. Mathematics! Memang favourite subject la. Susah mana pun aku tetap akan buat jugak. Yang jadi isu hangat nya bila dia jadikan persamaan serentak kepada ayat nangka dan durian. Ha kauu jadi bualan hangat laa kat laman sosial. Kau tau je la batch aku ni semua mulut kecoh. Aku pun termasuk la sekali. Tu yang kecoh satu dunia. Eh tak ada la sampai satu dunia. Aku ni kan kalau story taknak kalah . Hahaha
Next day was agama islam. Paper 1 memang hancur la. Tamadun tu gua memang menangis gila la. Aku tak tau apa yang susah tapi bagi aku memang susah. Salah satu sebab nya ialah aku ni tak minat membaca. Ha rasakan la penangan spm . Memang kaw kaw kena. Dengan kbat 6 markah dia. Sakit pulak hati pakcik ni. Alahai

And now tengah membaca sejarah. Eceh membaca la sangat. Dah aku tak minat membaca kau pikir aku akan baca? Tapi memang kena baca la memikirkan masa depan gua ni. Konon nya nak dapat PHD sebelum umur 30 tahun. Membaca pun malas berangan kuat. 
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.