Hai hai my bloggy yang dah kusam masam bersawang umakaihhh. Dah hilang dah seri belog aku ni. Waduh waduhhh. Maap lerr ye belog ku. Sejak jadi penggangur terhormat ni aku busy banyak. Haa jangan ingat penganggur tak gheti busy okay. Rutin aku ni pepagi bangun solat lepas tu layan fon dulu check coc aku tu. Rilex rilex sampai pukul 8 baru la nak mencapai bakul sidai baju segala. Dah rasa lapar baru jejak dapur masak sarapan. Sometimes bila malas aku ni datang memang goreng fries je la sebagai breakpes. Tak sihat betul cara pemakanan aku ni. Kakakaka I don't care. Selagi tak masuk University selagi tu la aku nak melantak bebanyak. Berat badan tak perlu dicerita la. Memang naik gilos. Tapi body takda la gemuk mana. Choyy puji diri sendiri. Hahaha. Bila dah tengahari biasa laa masak lunch. Keje aku ni masak je. Lepas tu aku jugak yang kena perabih makanan tu. Mak bapak jenis tak pemakan. Alahaii sadis. Then petang memang ngadap tibi jaa sampai la malam tiba. Pastu tido membongkang sampai pagi. Haaa busy kan aku ? Kah kah kah. Actually banyak je cerita aku nak share kat belog ni. Tapi nak cernakan ayat tu malas bebeno ghasenya. But today aku ter'rajin' pulok nak menaip cerita zaman sekolah aku. Baru la tinggalkan sekolah beberapa bulan dahhh rindu. Aish haa layan je la cerita aku heh ?
#1 PINTU KELAS PECAHOk ceritanya cmni. Masa tu kengkawan aku ada debate rehearsal kat makmal bahasa blok A. And kelas aku blok D. Memang jauh nak berjalan tu. Boleh turun sepuloh kilo kau. Choyy ini tipu. Kakaka ok back to the story. And waktu tu kelas cikgu English yang train dia orang debate. So cikgu tu tak boleh nak ajo kami sekelas. Jadi dia bawak la kite orang join that rehearsal. Masa tengah rehearsal tu loceng rehat pun bunyi la. Kringggggg kringgggg. Hok gitu la bunyi nya lebih kurang. Haa nak dijadikan cerita aku ni pantang dengar loceng rehat. Laju je serbu kantin sebab malas nak berebut beli makanan. Kau tau je la sekolah harian punya disiplin macam mana kan. Suruh beratur susah bebeno. Semua macam orang somalia kebulur nak mati. Tak gheti menyabo. Lepas tu yang lelakinya suka laa berebut dengan perempuan. Dapat gatal gatal uishh sakai doe ! So masa tu aku pun cepat2 la mintak izin cikgu nak keluar rehat. Then cikgu cakap siapa yang nak keluar rehat boleh la beransur keluar. Macam biasa aku akan jadi orang first keluar. And ada segelintir kengkawan aku malas nak keluar dulu termasuk la penolong kelas. Jadi aku dengan Fatin *mybff* pun cabut la balik kelas cecepat. Dah sampai kelas nak bukak pintu je tak boleh. Aku terlupa pulak pintu kelas kunci and the key penolong kelas yang pegang. Aku dah hangin je masa tu. Nak patah balik blok A memang malas la. Buat abis tenaga aku je. Lepas tu entah macam mana aku boleh tendang pintu kelas tu sampai pecah. Fatin dah terkejut dah tengok aku. Mesti dia syak aku gila. Hahaha. Aku pun cuak gak masa tu. Kuat sangat ke aku tendang ? Biar betul! Muka aku jangan cakap la. Dah macam ayam berak kapur. Tetibe penolong kelas pun sampai. Dia cakap la kat kite orang "sorry aku lupa nak bagi engkorang kunci kelas". Aku diam je and si penolong ni pun tak peghasan pasal pintu tu gaknya. Sebab pecahnya sikit je. Kalau tak peka memang takkan perasan Fatin pun tak komen ape dah. And sampai la sekarang takda sape tau pasal peristiwa tu kecuali Fatin. Kakakaka
#2 TIDUR DALAM KELASNext story pulak, aku ni species kalau penat memang mudah tertido. Ada species orang penat cmne pun still boleh tahan mata. Masa form 5 dulu kelas Bahasa Melayu memang waktu tengahari. Dalam area pukul 12 gitu laa. Memang time mata ngantuk nak mampuih. Tapi cikgu BM aku ni best. Dia suka bercerita kalau ngajo tu. Setengah jam pertama dia ngajo tu mata aku masih boleh tahan lagi la. Masuk setengah jam kedua dah melayari bahtera mimpi yang cukup indah. Bukan aku sorang je tau. Hampir satu kelas akan tertido. Kau tau je la penat student SPM cmne kan. Yang aku peliknya cikgutu tak pernah marah kite orang tertido kat kelas dia. Cuma dia akan kuatkan volume suara dia kasi kami bangun. Aku ni bom kat sebelah pun belum tentu aku nak bangun. Selalunya aku akan terjaga selepas 5-10 minit. Haa masa tu memang dah segar balik laa. And sambung la belajar seperti biasa. Lepastu kelas tuisyen pulak petang. Aku memang ambik tuisyen luar untuk add math. Killer subject tu woi. Jangan memain. Hahaha. Aku target A- untuk SPM aku. Tapi dapat B+. Sedih gak tapi masih syukur lagi la. Sambung story. Selalu kelas aku pukul 3.30. Memang kemuncak aku ngantuk laa. Ngantuk lagi woi. Hahaha. Bila cikgu add math tu explain makan masa la kan. So time tu la syaiton durjana menggoda "tidurlaa nurin tidurlaaa". Ceh tak guna okay ! And akhirnya aku pun tertidur laaa. Bebudak sebelah aku pun tak boleh pakai. Memasing pakat buat taik mata jugak. Lepas tu bila cikgu bagi exercise mula la terkapai kapai mencari solution. Nasib baik la cikgu tu memahami kami. Habit dia ialah dia akan bagi kami gula2 and akan explain sikit2 mana yang kite orang tak dpt tangkap sebab gasak membuta je tu. But subject ni walaupun hard to score tapi bila kau dapat betul satu soalan yang susah u will be satisfied. Trust me.
Ya sampai sini je la dulu. Aku dah malas nak menaip. Next time bila rajin aku datang balik aku akan sambung cerita okay ? Bye bye for now bloggy ! ^_^
Last day SPM. Konon nak buat muka kerek pastu tetibe memasing ketawa. Jadilah gambar yang cukup ceria macam ni. Our friendships never die ! ♥