Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

15 November 2016

Alhamdulillah syukur

Dah hampir tiga minggu cuti sem , setiap saat setiap detik aku habiskan dengan....makan tidur tv runningman tido lagi korek hidung pastu lap kat dinding. Eeeeee !!!! hahaha takyah ee sangat la kalau pernah buat kan ? Ececeh nak tipu la tu. Padahal tengah senyum-senyum teringat berapa banyak dinding dah terkena taik hidung korang kan kan kannn. Alkisah tadi aku usha la belog aku ni. Baca balik cerita-cerita lama. Lepastu aku terpikir , sejak bila aku taip camni ? Eh aku pernah buat ayat camtu ? Bila masa ? Rasa kelakar pulak baca kisah-kisah aku sebelum ni. Tak sangka aku kelakar rupanya. Sapa yang kata aku masuk bakul angkat sendiri tu mesti pernah sepahkan taik hidung dia. 



Hah ni mak jemah nak ceghita la. Harini result diploma uitm keluar bakhang. Semalam aku dah ingat harini result keluar. Pastu nak hilangkan debor la kunun , aku gi la usha make up online. Tak cukup sejam dua weh. Lagi-lagi kalau dah bukak lazada. Kalau letak pokok bunga sebelah aku tu confirm layu. Mesti kau ingat sebab lama sangat aku usha lazada tu kan ? Sampai berjanggut kan ? Salah. Sebab pokok tu tak dapat matahari la. Lawak basi je korang ni. Hah merepek. Back to the story. Dah usha-usha make up tu tetiba menguap pulak. Tapi tak terniat pun nak tidur dulu. Sebab rasa macam ada something aku tertinngal. Ye aku lupa dah pasal result tu. Aku pun grab la buku fixi. Layan sampai tertidur. End up aku terjaga pukul 3 pagi. 



Lepastu kannn terkebil-kebil ngadap ceiling. Kenapa aku tidur tak tutup lampu ? Pikir punya pikir. Laaaa result ! Terus ambik phone bukak emel. Tengok pointer cukup makan. Aku betul-betul harap aku masih mimpi tau. Tak panjang cerita aku tidur je balik. Esoknya bangun , aku check balik emel. Betul rupanya pointer aku jatuh menyembah bumi. Sedih dia ya ampun tuhan je tau. Syukur tu memang syukur sebab masih dean. Cuma kecewa tu mengatasi rasa syukur. 

Tengahari tu aku habaq la kat umi.
"Umi result dah keluar. Terukkkk" Muka aku memang macam nak nangis la. 
"Laaa teruk apanya. Okay la ni. Masih dekan. Kau nak tinggi camne lagi ?" Sambil tengok result aku.
Aku pun diam je. Tak mampu nak kata apa. Bagi aku sebenarnya result tu okay je. Cuma yang mengecewakan sangat bila subjek yang aku target A boleh jadi B. Bukan B+ tau. B biasa tu je. And subjek tu ialah english. Dah la aku belum ambik muet lagi. Terus terasa diri ni bodoh sangat english. Selama ni aku improve vocab macam takda makna je. 

Maghrib tadi najwa whatsapp aku. Tanya pasal result. Aku jawab okay la alhamdulillah. Then dia pun kata okay jugak. Tapi memasing hide pointer hahaha. Yang tau pointer aku cuma Puan Ummi , Shera dengan Encik engineer je. Then najwa cerita la english dia B- so pointer dia jatuh agak teruk. Terdetik jap kat hati. Pointer aku jatuh pun sebab english gak. Sama pulak ek ?  Sambil whatsapp tu aku scroll twitter. Nampak la budak kelas aku yang 4 flat sem lepas tweet. Pointer jatuh sebab english. And i was like...again ? So bukan aku je la yang teruk english ? Walaupun mungkin jatuh dia tu takat A- ke tu aku tak tau la. But then the issue sekarang bukannya pasal bodoh english ke apa. Mungkin penadaan strict atau carrymark rendah ke. Carrymark english kite orang memang lecturer tak bagitau. Dia kata rahsia. Lawak kan ?  Aku syak sebab semua rendah sangat. Hahahaha 


Kebetulan time tu jugak member aku yang dr uitm lain whatsapp. Dia kata dia fail Financial Accounting. Terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut macam aku. Dia cakap tak bagitau lagi mak ayah dia sebab takut. Baru aku tersedar. Aku pointer jatuh still dekan pun tak reti syukur. Kawan aku failed kot ??? Tapi dia still cakap alhamdulillah. And masih strive untuk score for the next sem walaupun dia kena extend. Shame on myself. Sigh. So aku terus capai laptop and update my story. Mulai malam ini, sy akan bersyukur dengan segala rezeki dan dugaan yang Allah berikan. InshaAllah. Jadi kawan-kawan ayuhlah kita ucapkan alhamdulillah untuk nyawa korang yang masih lagi dikandung badan sewaktu membaca cerita poyo aku ni HAHAHAHHA. Tu je la aku nak cerita. Kalau Kang Gary tutup episode last dia dengan one clap , aku tutup cerita aku dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Bajet alim. Ala kasi support la okay. Nanti kalau aku banyak idea dan kerajinan menaip aku terlampau tinggi , aku update lagi okay.😉

12 October 2016

Cerita seketul Nurin

Aku rasa dah berzaman gak tak post kat belog cumil-cumil ni. Dah bersawang dah ni. Kalau ada dinding ni , dah retak-retak aku rasa. tinggal tunggu jentolak datang nak robohkan. Tudia merepek aku memang tak pernah hilang. Pagi tadi aku baru je habis jawab paper CTU231 which is perakaunan islam. Tamat lah sudah subjek ctu dari sem satu hingga tiga. Sem depan dah takde subjek yang menggunakan bahasa melayu. Fully english. Dah takdak ustaz nak buat lawak lagi. Aww saya sedih sangat.  T_T

Tak tau la kenapa aku rasa tough sangat sem 3 ni. Baru sem 3 kutttt. Freshie lagi orang kata. Banyak sangat dugaan masa sem 3 ni. Entah lah mungkin banyak dosa kut ? Opss *muhasabah diri + perli diri sendiri* .... Masa permulaan sem tu okay je takda masalah pun. Ye laa awal sem kan. Takda benda sangat pun. Test quiz tu jauh sekali. Lecturer pun asyik cancel kelas je. Memang best la puasa kalini. Teringat masa sem satu , aku dok buka kat bilik je dua orang dengan rumet. Dia kat meja dia , aku kat meja aku. Sampai la habis puasa. Masa tu memang tak terpikir nak ada kawan ramai-ramai. Sebab buat apa nak simpan kawan ramai-ramai kalau semua tak boleh pakai kan ? Lagi pun masa sem satu abah tak bagi keluar. Gi pekan tapah pun , call mintak izin. Kena soal siasat dulu pi dengan sapa , nak cari apa hahaha. Abah i memang strict sikit. Sikit je tau. So disebabkan itu aku tak pernah merasa buka puasa kat luar. Kau bayangkan la sebulan dok dalam bilik , kelas , katil , kafe. Tu je life guwe. HAHHAHA. Dah sem 3 ni baru la merasa buka kat luar. Baru la aku nampak bumi Ipoh , Kampar, Lumut , Sri Iskandar tu cemana. Kalau tak , memang terperuk je weh kat Tapah ni. 

*gambar hiasan semata*

Okay cerita terbaru yang perit dalam hidup aku ni masa last week sebelum final. Cerita bermula masa aku balik raya haji tu. Balik perak naik bas UiTM. And yang tahi sangat bas tu tak stop lunch langsung. Kau bayangkan la dia jalan dari pukul 10 pagi sampai 5 ptg baru dia stop kat rnr. Sampai tu perut aku memang dah penuh angin. Tunggu masa je nak muntah. Sampai je kedai makan tu terus blueekkk kat sinki dia. Bengang siot muntah kat public. Tapi mase tu tak pikir apa dah. Aku tau aku nak sihat je. Sampai kolej memang barai teruk badan aku. 2 hari gak aku gi kelas dalam keadaan sakit nak mampus. Gastrik teruk. Hari Selasa malam tu makcik aku datang pick up aku balik Johor, Sebab memang tak larat sangat dah. Dah la minggu tu banyak test , group assignment nak submit. End up aku ambik test sorang2 masa study week. Sedih sangat k. Group assignment tu memang aku tak membantu langsung. Harap nama je ada kat page depan. Sorry gais aku still rasa bersalah sampai sekarang expecially kat shera. Hukhhuk :(



Next yang perit nye masa aku sakit gigi. Masa tu balik dari raya aidilfitri. Aku ni asal balik raya je bawak penyakit hahaha. Citernya masa raya tu aku dok telan coolbelog. Gigi memang dah start sakit. Tapi aku buat tak layan je. Sekali masa nak balik tu dia berdenyut nak mampus. Sepatutnya aku balik Perak hari Ahad tu , tapi terpaksa la extend cuti and skip kelas. Nasib baik kelas Isnin tu tak berat mana. Agama dengan English je. Ahad tu umi terus bawak gi klinik gigi and dokter cakap gusi bernanah. Hambik kau. Seminggu gak telan antibiotik. Dah balik Perak tu , aku kena gi lagi klinik gigi. Sebab masa tu antibiotik dah habis. Tapi sakit tak habis lagi. So dua kali gak aku berulang klinik tu. And kali kedua tu terus cabut. Gigi graham lak tu. Gigi yang diguna utk kunyah makanan. Menyesal gila minum coolblog. Sampai sekarang aku tak pernah minum coolbelog lagi. Serik duh. Cukup la aku hilang satu gigi hahaha tak sanggup nak pakai gigi palsu. Macam orang tua-tua je takde gigi ni kan ?


Ada lagi 3 paper menanti untuk final ni. Aku rasa dah boleh start study kut ? *sambil bukak youtube layan lagu awie dulu* 




20 February 2016

Dah Tau Kenapa Tanya ??

Halu haluu. Dah masuk 2016 ni , ada lagi ke reader yang baca blog kebudak-budakan aku ni ? Hahaha dah masuk umur 19 ni em masih lagi berperangai kanak2 ribena. My bff since school tu pun dah nak kahwin. Kau nurin ? Masih lagi duduk depan laptop layan runningman , big hero 6 , korea , korea , korea. Btw nak ucap selamat pengantin baru buat my bff , Fatin yang akan berkahwin pada bulan Mei ini. Aku tau terlalu awal untuk wish. Tapi maaf la aku excited pulak member nak naik pelamin. Walaupun aku akan jadi penonton je nanti hukhuk *crying sekejap*. Sebenarnya aku masih lagi terkejut kawan baik sorang ni nak kahwin. You know , your kawan baik since form 1 wehhh, since aku selekeh lagi dulu sampai sekarang , dah nak mendirikan rumah tangga. Dulu masa sekolah menengah bila cakap pasal kahwin je memasing excited nak jadi pengapit la , nak jadi tetamu VIP la and so on. Laaa ni semua ke laut sebab jadual study tak sama. Tak kesah la yang penting aku akan pastikan aku datang gak wedding kawan baik sorang ni. Najwa , awak bila pulak ? HIHIHI *tak sedar sendiri pun tak kahwin lagi*. Too early kot bagi aku la. Nak enjoy dulu keluar dengan kawan2. Travel around the world dulu. Ecewahh. 

Okay lets start our topic for today. "Dah tau kenapa tanya?". Ramai orang sekarang suka sangat tanya benda yang dia orang dah tau. Padahal dia dah nampak dengan mata sendiri apa yang orang lain tengah buat. For example :

Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?


Look , Nana nampak kut apa yang Yaya sedang buat. Tapi kenapa dia tanya benda yang dia dah tau ? Okay si Nana sedang cuba untuk bermesra dengan Yaya. Kadang kadang pertanyaan macam tu yang buat kita rapat dengan orang lain. Contoh paling besar bila kat kolej atau asrama. Ada curtain orang dia suka sangat duduk bilik. Dah macam kepompong dah bilik dia tu. Kalau boleh taknak keluar langsung. So orang macam ni dia susah sikit nak berkenalan dengan jiran-jiran bilik dia. Sometimes dengan roomate sendiri pun jarang borak. Terlalu sibuk dengan dunia sendiri. Jadi soalan "dah tau kenapa tanya" seperti inilah yang mampu membuatkan mereka rapat dengan orang sekeliling. Contoh paling simple macam sidai baju tu la. Permulaan conversation yang agak annoyed. Ye la , dia dah tau tapi still tanya lagi. Tapi , kita tau ke apa sambungan conversation td ? Kita takkan sangka sambungan perbualan tu dapat eratkan hubungan dengan orang sekeliling.

Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?
Yaya : Yee nak tolong ke ?
Nana : Em boleh je. Wangi sabun awak ni. 
Yaya : Saya pakai sabun Breeze. Dia ada pelembut sekali tau. Ni pun dah abis dah. Petang ni nak keluar gi beli sabun jap
Nana : Ohh saya pun nak cari barang jugak. Boleh saya join awak ?
Yaya : Boleh je. Nanti kita gerak sekali ye

See ? Nampak benda tu macam simple. Tapi benda simple ni la yang bantu awak semua untuk rapat dengan kawan2 sekeliling. Kita je kadang berfikiran terlalu jumud. Bila orang tanya , kita balas dengan ayat perli. Tak terkecuali la diri aku sendiri. But then sama-sama la perbaiki diri ye. Orang sekeliling ni yang jadi penilai untuk sahsiah dan adab kita. Sometimes bila kita terkasar bahasa orang dah taknak berbual lagi dah dengan kita. Puncanya kata-kata sendiri jugak.

Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?
Yaya : Aik ? Buta ke ? Taknampak orang tengah sidai baju ni ?
Nana : "eee biadabnya dia ni. Dah la sombong. Jangan harap aku nak tegur lagi"

Kita takkan tahu apa orang cakap pasal kita dalam hati dia orang. Dan kita takkan sangka perkara kecik macam tu boleh jadi besar. Jadi konklusinya di sini, kita layan je la soalan "dah tau kenapa tanya" ni. Banyak bagi manfaat juga sebenarnya. Tapi kita yang cuba nak bermesra dengan orang ni jangan la tanya soalan "dah tau kenapa tanya" ni tak kena tempat. Buat orang lain jadi annoyed nak mati dengan kita. Contohnya:

Nana : Aaaaaaa ada charlie !!! Tolongggg !
Yaya : Mana charlie ? Meh saya seletip
Nana : Tuuuuu *sambil tunjuk*
Yaya : Okay dah. Memang takut charlie ke ?

Lawak kut soalan tu. Budak tu dah ketakutan dengan haiwan tu , awak boleh tanya "memang takut ke ?". I dont think soalan ni sesuai untuk bermesra. Tapi kalau dah terlepas pepandai la cover balik. So that orang takkan annoyed dengan kita. Ye tak ? 
Ada lagi satu situasi di mana aku masih curious kenapa kita selalu buat. Bayangkan awak semua di sebuah kedai handphone. Dan awak pun bertanya

"Bagus ke phone ni?"
"Bagusss. Memory dia besar. Takkan hang punya la blablabla."

Awak. Sedar okay. Awak sedang bertanya dengan promoter. Memang dia akan cakap bagus punya. Trust me. Benda tu kerja dia and ada komisen untuk setiap produk yang terjual. Jadi soalan awak tu mungkin boleh diubah kepada soalan yang lebih sesuai.
 

"Berapa besar memory phone ni ? Boleh masuk sd card ?
"Warranty berapa lama ?"

Tanya soalan yang lebih berisi dan memberi manfaat kepada kita sebagai pengguna. Kau takyah layan promoter dia cakap bagus ke apa ke. Serious jangan layan. Aku paling benci bila nak beli barang , promoter cakap benda tu bagus and puji barang dia melambung sikit punya tinggi melangit. Benda yang aku avoid selalunya ialah promoter. Kita akan tau benda tu bagus bila benda tu memenuhi segala keperluan kita. Contoh nak cari kasut sukan yang selesa berwarna biru. So kau pun pergi la kedai kasut. And kau jumpa satu kasut ni. Selesa , saiz kau pun ada tapi warna yang kau nak dah habis. So the promoter will be like 

"Warna ni pun cantik dik. Sesuai dengan semua jenis warna pakaian"


Sekali lagi aku cakap , sila ABAIKAN ! Kau jangan dengar langsung apa promoter tu cakap. Kau letak balik kasut tu and pergi cari kasut lain. Cari sampai kau puas hati dengan saiz and warna semua. Tapi kalau rasa taknak buang masa and perlukan benda tu segera , kau beli je la. Cerewet ni kadang  kita boleh layan kalau kita ada banyak masa je. Hahaha. Tapi sampai sekarang aku masih tak suka dengan promoter. Sebab aku selalu sangat menyesal bila dah beli. Because i didnt get what i want. So i will avoid the promoter and cari barang yang aku nak sampai aku betul2 puas hati. Mohon kepada encik engineer , tabahla dengan perangai shopping aku yang satu ni. Cerewet hhahahaha. Okay la setakat ini sahaja aku merepek. Next time kalau jari aku nak menari lagi kat keyboard ni aku post lagi yaa. Daaa

24 December 2015

Sesat

Ya ampun dah lama betul aku rasa tak bercerita apa-apa kat belog yang dah kusam ni dan dah jadi lubuk , rumah pusaka , tempat berak hantu mungkin. Kalau beranak empat , anak yang keempat tu dah get ready nak daftar darjah satu di sekolah rendah hantu-hantu Malaysia je tunggu dari satu entry ke satu entry aku nak update. Bukan takde benda nak cerita cuma sejak usia dah genap 18 ni otak dah mula krem nak keluarkan idea-idea bernas ecehh. So aku dah start ajar jari-jemari aku menaip guna otak mereka sendiri. Tak perlu susah-susah nak ngarapkan kepala hotak aku lagi. Power kan jari aku ada otak sendiri ? Ok tak kelakar. Tapi kalau kau rasa kelakar kau ketawa la ok.

Cerita yang aku nak update ni terjadi pada sabtu lepas bertarikh aku pun tak kuasa nak ingat. Akak senior aku ajak join dia gi FAMA50 kat dataran merdeka. Memula tu aku malas gak. Sebab aku ni jenis student nerd namatey kejenya duduk dalam bilik je bukak buku. Buku yang dimaksudkan bukanlah buku financial accounting atau statistics. Tapi buku yang atas katil berselubung selimut. Oi jangan pikir bebukan. Maksud aku tu ialah membuta. Bahasa kasarnya buat taik mata dari pagi sampai petang. Then tetiba roomate pun ajak pergi. So time tu gak call abah mintak izin. Nasib baik la bapa kesayangan hamba ni baik hati and bagi green light disusuli dengan nasihat dan amaran berbakul-bakul. Maklumla anak dara sorang nak berjalan ke negeri orang. Mesti la risau kan ? Back to the story. Pagi sabtu tu kite orang kena berkumpul dekat plaza pentadbiran uitm perak pada puku 7.45 pagi. Katanya nak gerak pukul 8. Tapi kau tau je la janji melayu cemana. Pukul 9 baru bas tu gerak. Satu jam aku membazir masa dalam bas. Kalau tidur kat bilik dah macam2 mimpi agaknya tau. Kite orang pergi dalam 7-8 bas gitu. Tak silap aku fakulti sains ade tiga bas , fakulti akaun ada tiga bas jugak , fskm im not sure.

Dalam pukul 11.30 kut kite orang sampai kl. Tu pun jam namatey. Turun je bas , akak ketua bas kite orang cakap cenggini

"Korang semua kena kumpul dekat pentas utama pukul 2.30 petang and kite akan gerak balik pada pukul 5"

Kau bayangkan la aku yang tak tau langsung jalan kat kl tu kena move sendiri cari fama tu kat mana. Sebab bas tu berhenti kan kite orang depan dbkl. Tak jauh pun dari dataran merdeka. But still bukan tempat aku and i be like.....
Tapi masih bersyukur sebab berjalan dengan shera. Walaupun dua2 ekoq tak tau jalan , ada la jugak teman sesat tu. HAHAHA kawan2 yang aku kenal semua cabut gi Sogo. Amende lahai kata nak gi fama tapi memasing lari ke Sogo. Aku malas nak ikut sebab tujuan aku gi kl tu pun just nak gi event fama tu. Nerd sangat kan ? HAHAHA sape angguk aku campak dia kat laut mati. Masa nak gi cari dataran merdeka tu aku ikut gerak hati je lalu lorong2 belakang bangunan. Scary ok. Tapi sebab nampak ramai bebudak bawak belon lalu jalan tu so aku consider nak gi fama lalu jalan tu kut. Bak kata shera hidup kena confident. Maklumla mpp sorang ni , confident je memanjang. Dah redah segala bagai lorong tu akhirnya sampai gak kat dataran merdeka. Tapi masa tu aku tak mampu nak happy lagi sebab pikir nak ke pentas utama nanti lalu mana ? *nangis* Kaki masih melangkah walaupun risau tu bertambah-tambah. Banyak sangat makanan yg dijual kat situ. Memang best la tengok makanan bebanyak tu semua. Lagi2 aku yang kuat makan ni. 

Jalan punya jalan jumpa bahagian buah-buahan. Tekak memang teringin sangat nak pisang. Sebab lately ni susah bebeno usus aku ni nak berak. So aku dengan confident namatey cakap kat tukang jual tu

"Nak pisang satu"

Then tetiba makcik sebelah aku tu tegur , 

"Dik, awak kena pilih pisang mana awak nak. Nanti dia akan timbang baru awak bayar"

Masa tu aku rasa nak sorok muka bawak meja. Kalau boleh cabut muka ni memang aku cabut. Malu siotttt. Nampak sangat kekampungan aku. Shera memang dah gelak guling-guling la. Tu la selama ni ummi beli barang dapur bukan nak perati bebetul. Main whatsapp je. Takpun coc. Sumpah pengajaran besar ni. Lepas dah beli pisang tu jalan la lagi. Jumpa pulak kedai yang jual susu kambing. Ada tester la dia bagi rasa. Aku memang suka bab2 minum susu ni. So aku ngan shera pun rasa la susu tu. And kebetulan sebelah kite orang tu ada students uitm melaka. Kampus mana aku tak hengat. Dia orang pun minum susu tu jugak. Dah pakcik kedai tu bagi rasa , minum je la kan. Kiranya kite orang rasa tester tu saing tau. I mean in the same time at the same place. Then tetiba budak sebelah kite orang tu bunyi camni

"Embekkkkkkkkk" *muka slumber gila*

Aku rasa nak tersembur je susu yang aku minum tu. Memang bantai gelak kat situ gak. Tapi gelak cover la. Takut gak pakcik kedai tu sentap. Aku memang takley blah betul. Minum susu kambing terus mengembek ye ? Kalau teringat camne dia orang mengembek dengan muka slumber nya confirm aku gelak guling-guling. Ok cerita tak habis di sini. Lepas bebudak tu dah blah , aku ngan shera borong la susu kambing tu sebab kebetulan ade offer. Dah siap beli aku sambung la jalan and terjumpa pulak budak2 uitm aku. Tapi malangnya group lelaki. Aku pikir2 gak nak tegur ke tak ek ? Kang kalau tak tegur aku tak tau nak jalan balik cemana. Pastu shera sumbang idea.

"Weh Nurin , apa kata kite ikut je belakang diaorang. Okay tak ?"
Aku pun angguk je la memandangkan kite orang malu nak tegur. Sampai kat satu tempat ni dia macam ade game. Leka jugak la tengok dia orang berebut semata-mata nak paket makanan free. Aku perati je host game tu.

"Okay ni hadiah terakhir. Sape dapat bagi saya duit 5 sen sebanyak 10 keping , dia menang"
Dalam otak dok pikir2 gak , rasa macam banyak duit 5 sen kat purse. Tengah leka2 tu baru la tersedar yang kite orang dah hilang jejak budak2 lelaki tu. Gelabah mencari. Bila dah jumpa tu tak pikir ape dah. Kite orang terus tegur bebudak tu. Campak tepi dulu malu tu. Yang aku tau aku nak balik perak dengan selamat hahaha. Part berborak dengan dia orang tu aku skip je la. Lepas deal baik punya , akhirnya kata putus dicapai. Ayat aku bm sangat kan. Dia orang kata boleh guide kite orang smpai Sogo. Kebetulan kengkawan aku yang lain ade kat Sogo. So aku pun okay je la. Sampai Sogo dah cakap terima kasih ape semua , aku terus cabut cari member2 aku. Ni pun cabaran gak sbenarnya. Calling them....Nama yg digunakan hanyalah rekaan bagi mengelakkan salah paham. *warna biru tu ayat aku

"Helo ultraman , kat mana ?"
"Kat foodcourt tingkat atas sekali"
"Okay tunggu jap kite orang otw"

Aku pun cepat2 la naik tingkat atas sekali. Konon nak jumpa kengkawan2 aku so boleh la jalan sekali. Takde la isu sesat lagi. But then sampai kat foodcourt tu aku call lagi and they said dah turun ke surau. Em yelaa aku pun makan je la dengan shera. Aku dah mintak dia orang tunggu je kat surau sementara kite orang makan jap. Kes makan ni pun satu hal. Plan dengan shera nak makan steak. Ye laa alang2 dah sampai keyell ni kite try la western kann. So jumpa la satu kedai western kat foodcourt ni. 

"Encik , nak beef steak satu set ye"
"Emm" *tekan machine duit* *bagi resit*

*5 minit kemudian*

"Beef steak !!!"
"Hah saya yang order tadi"
"Bak resit" *muka kerek*
"Weh shera ade dapat resit ke?"
"Eh ade resit ke ? Tapi kite orang baru je bayar td. Takkan encik lupa muka kami"
"Resitttttt !"

Gelabah shera bukak beg dia cari resit tadi. Aku pelik betul. Resit tu ade salinan okay. Apa masalah dia nak tengok resit kite orang lagi. Bukan ade pelanggan lain pun yang order. Aku rasa dari awal memang aku ngan shera je yang tercongok kat situ. Lepas bagi resit tu memang shera terus blah. Mulut non stop memaki hamun la. Kena pulak yang jaga cashier tu bangla dengan indon. Boss tak ajar adab dengan pelanggan ke camne ? Nak jerit2 depan customer lak. Kau makan resit tu sekarangggg ! Hah hangin pulak mak. *yuckkk mak sangat*

Dah cari meja smua memang terus melahap ar jawab dia. Perut dah kebulur gila.Tengah2 potong steak tu boleh plak sos blackpaper tu terpercik kat tudung shera. Dah la makcik tu hangin dengan bangla tadi. Aku pulak tambah hangin kus-kus dia hahaha. Kelam kabut aku mintak maaf. Dah siap makan semua kite orang cabut la gi surau. Sebab taknak kawan2 yang lain tunggu lama. Lepas sampai surau tu aku call dia orang. Rupanya dia orang dah blah gi pentas utama. Aku memang nak mengamuk je time tu. Dah cakap mintak tunggu sekejap. Aku dengan shera bukan tau jalan nak gi pentas utama tu. Eii tak banyak cakap dah. Aku terus letak call. Kat surau tu pulak penuh ya amat. Bau hapak kemain lagiiii. Aku malas nak komen pape , terus ambik wuduk. Grab telekung surau tu pastu cepat2 cari saf yg kosong. Tetiba surau tu blackout pulak. Banyak pulak dugaan aku haritu. Tengah2 solat tu pulak ade la makcik penjaga surau ni terpekik terlolong.

"Beg jangan letak merata !! Nanti hilang nak salahkn orang pulak !! Jaga barang anda semua !!! Ni beg sape bawah TUDUNG HARIMAU ni !!!!??? Tak dengar ke saya cakap ni ?!!!!"

Elok2 aku solat khusyuk terus jadi tak khusyuk sebab dia jerit kuat namatey. Shera lagi la. Habis solat tu dia terus membebel sebelah aku.

"Eish makcik tu nak menjerit lak. Nak aje aku pusing belakang pastu jerit BOLEH DIAM TAKKK SAYA NAK SOLAT NI!!!!!"

Sumpah time ni aku memang gelak gila2 laa. Kau pernah tengok tu mimik muka orang tak puas hati time bercerita. Hah camtu la muka shera hahhahaha. Tapi betul gak ape shera cakap tu. Aku yang tengah solat pun bole hafal ayat makcik tu. Nampak tak suara dia betul2 menganggu kosentrasi kami ? Tudung harimau tu yang aku takley blah. HAHHAHAHA

Okay lepastu memang kite orang terus blah dr surau. Takde hala tuju sebab nak keluar dari sogo pun aku tak tau. Nampak kan kekampungan aku ? Then nampak plak kedai dunkin donut fav aku tu. Tengah pilih2 tu ade la seorang pakcik or boleh dikategorikan sebagai adult yang berbadan besar tegur kite orang camni

"Dik tepi sikit"

Aku rasa aku beratur dalam line weh. Ape masalah dia nak halau kite orang lak ? Aku malas nak panjang2 cter , aku ketepi je la. Muka shera memang dah cemberut habis. Siap ngutuk kaw2 lagi 

"Eeeee gemuk ni tak tau sabar keee? Dia sorang je nak beli donut tu gaknya"

HAHAHA lebih kurang camtu la ayat shera. Aku tak paham asal semua orang nak cari gaduh dengan kite orang harini. Bila sampai turn aku bayar , tetiba ternampak pulak bebudak satu bas kite orang masa datang tadi. And again boys. So aku pun cakap dengan shera.

"Weh tu bebudak dalam bas tadi kan ? Kite mintak tolong dia orang je la wehhh. Daripada sesat kat dalam Sogo camni"
"Emm takkan nak ngaku kite sesat"
"Betul gak ek emm camne ek"

Bila nampak dia orang macam nak blah tu kite orang tak pikir ape dah. Terus tegur ngaku kite orang sesat and perlukan pertolongan dia orang. First impression mereka ? Of course kena gelak. Okay la aku jujur aku sesat. At least takde la dia orang pikir kite orang nak ngurat dia orang plak. Dah habis kena gelak tu , dia orang pun cakap okay je. Cuma dia orang nak gi masjid jamek dulu untuk solat jamak. Kat surau sogo sesak sangat. Dia orang yang kata la. Aku pun malas nk banyak komen , terus setuju je. Ikut je la dia orang naik lrt and turun kat masjid jamek. Lama gak tunggu dia orang siap solat semua. Lepas tu pendekkan cerita kite orang just ikut je diaorang sampai la naik bas. Nasib baik dia orang jenis okay je and agak jujur la. Masa ikut dia orang tu takut gak kna apa2. Ye la laki kan. Tak boleh percaya sangat. Half perjalana nak ke bas tu jumpa ketua bas kite orang. Alhamdulillah geng perempuan. So aku tak la takut sangat. Dah sampai bas tu we all tak terus balik Uitm. Singgah jap kat restoran jejantas ayer keroh. Kebulur sangat okayy. Kat sini la aku ngan shera beli sliper flipper. Mahal namatey okay. Tapi sebab kaki dah sakit sangat , aku beli je la. And kat sini pun ada satu kejadian jugak.

Aku ringkaskan je cerita nya. Kite orang nak makan nasi ayam. Masuk la satu stall ni. 

"Makcik nak nasi ayam dua"

Makcik tu tak layan. 

"Makcikkkkk nak order kat mana ye ?" *dengan nada lembut okay*
"Sabar dikk. Tak nampak ke makcik tengah layan pelanggan ni. Hah sabar sikit"

Dalam hati aku dah panas je. Aku tanya bebaik okay kat mana nak order. Jawab je la. Dibebelkan aku pulak. Shera memang dah cemberut je muka. Malas nak cakap panjang. And dah siap semua kami teruskan perjalanan balik ke Uitm. Tamat la sudaaa karangan bernas aku. Panjang namatey cerita aku kan. Bukan best pun. HAHAHHAHA kbye 

14 November 2015

Persediaan ke Uitm Tapah Perak

Uhuk uhuk batuk kejap. Sebab blog dah berhabuk gila. Beriya okay aku edit belog ni kasi cantik dengan harapan semangat la sikit nak post entry. Tapi hampeh. Idea takdak pulak. Ni pun tengah takdak idea tapi kita kasi taip aje la ye. Okay result diploma pun dah keluar untuk student uitm. So students semua dah ready la nak masuk sem baru. Eh ye ke ? Aku tak pun HAHAHA and bila sem baru ni ramai la students baru. Bahasa mudah paham dia ialah junior. Officially aku dah senior la kan ? Kih Kih weh bosan siak pendahuluan aku. Straight to the point je la

First of all untuk junior2 yang bakal masuk ke uitm tapah , i wish uolss all the best. Jangan risau facility kat sini sangat okay. Semua baru , katil baru , locker besar namatey , meja belajar gedabak gila , and ada aircond manual. Kipas okay kipas. Bahasa moden dia kita panggil aircond manual. Eh sesuka aku je rosakkan bahasa kan ? First day korang sampai , senior akan guide cara nak register. Macam aku dulu , masuk je pintu uitm tu terus ada senior tunggu untuk bagi nombor bilik, Kite orang kat sini ada dua kolej perempuan. Alpha and Beta. Kolej lelaki ada satu je iaitu jeng jeng jeng *over sangat kan* Kolej Gamma. Okay cara senior ni bahagikan bilik senang je. Korang dah drive masuk tu , senior tu akan tahan and bagi paper kecik sehelai. Macam aku dulu , kalau dapat warna hijau maksudnya Kolej Alpha. So drive la ke Kolej Alpa. Dont worry nanti ada signboard. Kalau dapat warna pink maksudnya korang dapat Kolej Beta. Gamma pulak warna putih, Tapi tak tau la kalau dia orang dah tukar colour plak sem akan datang. Contoh number bilik B4-04-04 , maksudnya Beta blok 4 , tingkat 4 and bilik no 4. Bilik kolej perempuan ada dua jenis sama ada korang dapat bilik 2 orang atau 4 orang. Kalau kolej lelaki ana tak tau. Maaf sangat. 

Dah sampai kolej korang nanti , ada khemah pendaftaran. Pastikan borang2 semua korang print bebetul. Surat tawaran tu tolong print banyak sikit, Jangan la print sehelai je, Tak silap kena 4 helai kut. Okay kalau takde masalah dah siap register terus ambik kunci bilik. Oh lupa nak habaq. Bilik yang korang dapat depends on rezeki. Ada sesetengah U sampai awal dapat bilik bawah. Tapi time aku dulu sampai awal dapat tingkat 4. Sadis hokeh. And kalau sampai ke malam korang takda roomate jugak ,  please inform your OC immediately. OC tu senior yang uruskan mds korang. So dah settle semua bermula la seksaan korang selama seminggu. Gudluck ^^

Tang pakaian rasmi , ada yang tanya kena pakai baju putih ke ? Masa orientasi girl pakai baju kurung biasa je warna bebas and tudung bawal pin 3 ke bawah. Lelaki pakai kemeja warna pape je with tie and so on. Bila tiba hari perasmian baru korang kena pakai baju putih.
Girl : Baju kurung putih (baju sekolah pun takpe) , kasut hitam , kain hitam plain and tudung uitm. Tudung uitm akan dapat masa pendaftaran
Lelaki : Baju kemeja putih plain , kasut hitam , seluar slack hitam and tie uitm (tie dapat masa pendaftaran)
But then korang jangan risau. OC akan bagitau bila kena pakai baju putih tu semua. Make sure alert jangan asyik tido je yee. And lagi satu aku suggest girl tu bawak la starch untuk tudung sebab tudung uitm sangat susah dibentuk T_T


Tang barang2 pulak , extension JANGAN bawak nanti kena rampas. Lagipun untuk girls , uolss akan dapat sorang dua plug. More than enough kan ? Bawak la heater kalau suka minum air panas. Iron bawak sendiri. Jangan harap roomate. Hanger bawak la lebih. Alas kaki pun bawak la ye sebab basah2 dari bilik air masuk bilik memang licin. Kolej perempuan lantai mozek. Kolej laki maaf ana tak tau. Bantal bawak sendiri , sebab takda disediakan harap maklum ye anak2. And pikir la lagi apa barang yang logik okay ? Stok makanan jangan lupa :)

Aku rasa setakat ni dulu kut. Nanti kalau aku ingat apa2 info yang perlu share ngn korang , i will update this entry okay ? So again best of luck to bakal mahasiswa Uitm Tapah Perak. ^_^

08 October 2015

Resepi Kuih Batik versi Nurin

Haaa tengok tajuk punya la gah. Seboleh boleh nak masukkan nama sendiri. Hehe. Semalam lepas hantar adik kecik sorang tu balik asrama, abah ajak singgah maslee Simpang Renggam. Kononnya nak beli spray pewangi automatik sahaja. Tapi bila ummi tanya
"Susu tin kat rumah ada lagi tak?" *sambil belek tin gold coin*
Then aku pun terpikir , milo kat rumah banyak lagi. So boleh la buat kuih batik. Dan aku pun cepat cepat tarik bakul pergi borong susu tin satu , marjerin sepeket and biskut marie 2 packet. Sebenarnya biskut tu guna sepeket je. Tapi sebab tak tau nak pilih jenama mana satu , tu pasal la beli sampai dua. Hahahah takpeee abah bayarkann. Kite ambik jee. Ala tak sampai 20 hengget pun. And part marjerin tu aku prefer marjerin yang packet pelangi 1kg. Lebih kurang 4 hengget jaa. Marjerin tu pun wangi. Ada rasa masin2 sikit. Ada sesetengah orang suka guna butter. Tapi my mum tak suka makan kalau guna butter. Dia kata manis plus lemak sangat. Cepat muak. So kite ikut je la citarasa my madam ni. 
Then pagi tadi rajin pulak nak men'snap' gambar kasi sumbat dalam belog kesayangan aku niii. Korang kalau tak selesa dengan resepi aku ni bole la olah sendiri ea. Sebab kuih batik ni senang je.  Semua orang tau buat kut. Aku je gedik gedik nak tulis resepi bagai. 

Tudiaa bahan bahan yang aku guna. Sikit je kan ?



Kuantiti bahan :
5@6 senduk milo
3/4 susu tin gold coin *jenama apa pun bole*
1/3 packet marjerin *sepeket tu korang belah kpd 3 bhg then ambik satu je bhg ok?*
Satu packet biskut marie dipatah patahkn

Okay bahan bahan pun dah siap. Masa untuk masak !!!!! 
First step sila panaskan kuali anda. Lepas tu kite masukkan marjerin. Pastikan api tu kecik je yee. Pastu korang gaul je marjerin tu sampai cair. Bila dah cair tu , gaul je lagi sampai buih buih marjerin tu muncul. Bila dah berbuih cantik , masukkan susu. Gaul je terus. Jangan stop gaul tau takut susu tu hangus nanti tak sedap. Pahit eeee yayakk. Sapa yang nak makan kalau pahit nanti ? Aiyokk

Bila dah masuk susu and korang pun dah gaul , nanti dia akan kembang. Akan ada buih buih susu campur marjerin , ha time ni korang masukkan pulak milo. Ala kacang sangat kan ? Budak tadika tu pun boleh buat, Milo ni korang jangan biar lama sangat , nanti kuih batik korang keras. Sebab aku pernah buat pastu jadi keras. Terpaksa jugak telan walaupun gigi nak patah dah gigit kuih batik tak jadi tu. HAHAHA *gelak guling guling* Malu je anak dara dah 18 tahun tapi fail lagi buat kuih senang camni. Aii malu laaaa okay stop, Sambung balik. Lepas masukkan milo tu korang gaul rata cepat cepat, Agak dah sebati tu masukkan biskut. Gaul milo tu dlam 2-3 minit je tau. 

Hah bila biskut pun dah masuk , korang gaul je la lagi sampai rata. Matikan api dulu sebelum masukkan biskut. Last step bila dah gaul rata tu , masukkan la dalam tuppeware. Ataupun macam my mum dia letak kat plastik beras, lepastu gulung cantik-cantik. Jadi bila dh sejuk nanti potong jadi cantik la. Bulat je bentuk dia. Tapi aku nak makan sendiri je so sumbat je dalam tuppeware. Takyah cantik-cantik sangat la kan. Nanti masuk ke perut jugak akhirnya. K doneee ! Boleh la mencuba di rumah. Eceh ayat iolss. Bebajet chef kejap

P/S : MAAF TIADA GAMBAR UNTUK DIPAPARKAN LAGI. Sebab dah terdelete kah kah sebab entry ni dah lama. Baru sambung balik harini. Di bilik aku di uitm tapah peghak. Nice nurin T_T

TWITTER : __ciknurin


Stress ?

Selamat petang my bloggy. Okay bye. Eh tebiat pulak kan pepetang camni ? Orang lain sibuk berjogging merehatkan minda , aku sibuk bergolek kat atas katil sambil update blog yang kusam bersawang ni. Bukan taknak exercise , tapi sekarang kan musim jerebu. Tak elok untuk kesihatan. Ceh tipu tu tipu. Kalau tak jerebu pun memang aku takkan jog. Lepastu badan naik salahkan makanan. Ye la sape suruh sedap sangat ? Kan dah masuk perut aku je. *taknak ngaku sendiri pemalas* kih kih

Okay jerebu atau exercise tu bukan topik sebenar ye. Tu iklan semata-mata dan aku tak gemuk pun. Fakta okeh fakta. Sape berani cakap aku gemuk siap la dia! Aku makan manusia yang cakap aku gemuk. HAHAHA*ketawa giant*. Hah apa la yang cik nurin ni nak merepek hari ni kan. Pasal stress ? Amende stress ni amende ???? Disebabkan sekarang tengah musim final untuk students diploma , so aku rasa sesuai sangat la tajuk entry kali ni. Siapa yang tak stress musim exam camni ?  Angkat tangan cepat. Okay dah turun balik. Berapa lama tak cuci ketiak ?! Busuk tau tak *nampak beno nipunye* Seriously sapa yang tak stress waktu exam camni memang dia seorang yang pandai manage time. Sebabnya mereka sentiasa study so when it comes to examination , will be easier to him or her la kan. English broken maap ye. Apehal teruk sangat english aku tu ? Abaikan. Hah tapi majority students ni dia suka study last minute. Senang ingat katanya. Konon la senang ingat lepas tu dapat paper terus blank. Aku la tu orangnye. 

Kadang kadang bila kita stress belajar ni kita akan buat sesuatu yang bodoh tanpa kite sedari. Tak kesah la stress sebab apa pun. Alkisah tadi roomate aku menghafal nota management. Killer subject la bagi students accounting. Tapi bagi manusia yang suka membaca I think it doesn't matter. But untuk otak bebudak yang suka mengira ni it will be a very big matter. Sambung cerita , roomate aku hafal memula duduk diam tau kat meja belajar. Lepastu dia jalan sekeliling bilik sambil mengahafal. Then dah penat nanti dia baring. Pastu guling kiri guling kanan dengan mulut non stop hafal notes. Sampai satu tahap aku jadi nak gelak. Dia letak kerusi sebelah katil dia, letak bantal kat kerusi tu then dia baring kepala kat atas kerusi badan atas katil and kaki hentak dinding macam orang kawad. Kiri kanan kiri , kiri kanan kiri. Serious buat aku rasa nak gelak. Maybe korang rasa benda ni tak kelakar pun sebab korang tak alami. Tapi aku rasa memang kelakar. Aku pun kalau menghafal memang tak reti dok diam. Sometimes tak sedar pun yang aku tgah bdiri atas kerusi or lompat2 atas katil dengan mulut terkumat kamit menghafal. Bagi aku la masa paling stress ialah waktu menghafal nota. And cikgu aku pernah cakap

"Sometimes bila kita terlalu stress,kita akan lakukan sesuatu yang bodoh"

Sesuatu yang bodoh tu bukan pergi terjun bangunan and so on tu , tapi sesuatu perkara yang kita lakukan separuh sedar. Aku nak aje rakam gelagat aku sendiri waktu hafal notes. Macam macam aku buat. Gigit bantal la , sepak angin la pastu nanti tetiba nyanyi. Part paling kelakar bila aku terangkan sesuatu topik tu kepada diri aku sendiri. Orang akan ingat aku gila okayy sebab bercakap sensorang.

"Ha okay 2 tambah 2 sama dengan empattt"
"Kalau dua tolak dua camne pulak ek?"
"Dua jatuh kut hahahaha"

Lebih kurang camtu la cara aku nak bagi otak aku ni paham. Ibarat mengajar diri sendiri. Tapi takde la sampai 2+2 pun nak explain. Logik sikit la kannn. Macamtu la kisahnya orang yang stress. Kita tak sedar pun benda yang kita buat tu sebenarnya kelakar. Cabaran paling hebat bila nak start study la. Bukak buku jap , emm gi basuh baju dulu la. Dah siap basuh baju , main game kejap la. Pastu lapar la , gi cafe dulu la baru study. Bila dah kenyang , ngantuk la pulak , tidur jap la. At the end aku tak study pun. Tapi bila dah start study and dah rasa nikmat study tu memang susah nak stop. Sedar sedar je dah 2-3 jam berlalu. Tu moment paling seronok la setakat satu sem aku jadi student uitm ni. 

So ape pengajaran precious yang kau dapat kat sini ? Setelah baca esei tak lulus aku ni ? Study last minute itu bagus. Yeee sape ngajo kau ? Jangan la ikut cara aku tu. Buat stress otak je la wei. Pengajarannya ialah kau kena pandai cari cara untuk hilangkan stress supaya aku pun tak tau la supaya apa. Kau pikir la sendiri. Makanan tu dah menyeru nama aku dari tadi. Perut pun dah "kriokkkkk" mintak diisi. Reverse diri dulu xD

TWITTER : __ciknurin

P/S : STRESSED kau terbalikkan jadi apa ? DESSERTS pandai. Dah gi makan sana 
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.