Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

14 November 2015

Persediaan ke Uitm Tapah Perak

Uhuk uhuk batuk kejap. Sebab blog dah berhabuk gila. Beriya okay aku edit belog ni kasi cantik dengan harapan semangat la sikit nak post entry. Tapi hampeh. Idea takdak pulak. Ni pun tengah takdak idea tapi kita kasi taip aje la ye. Okay result diploma pun dah keluar untuk student uitm. So students semua dah ready la nak masuk sem baru. Eh ye ke ? Aku tak pun HAHAHA and bila sem baru ni ramai la students baru. Bahasa mudah paham dia ialah junior. Officially aku dah senior la kan ? Kih Kih weh bosan siak pendahuluan aku. Straight to the point je la

First of all untuk junior2 yang bakal masuk ke uitm tapah , i wish uolss all the best. Jangan risau facility kat sini sangat okay. Semua baru , katil baru , locker besar namatey , meja belajar gedabak gila , and ada aircond manual. Kipas okay kipas. Bahasa moden dia kita panggil aircond manual. Eh sesuka aku je rosakkan bahasa kan ? First day korang sampai , senior akan guide cara nak register. Macam aku dulu , masuk je pintu uitm tu terus ada senior tunggu untuk bagi nombor bilik, Kite orang kat sini ada dua kolej perempuan. Alpha and Beta. Kolej lelaki ada satu je iaitu jeng jeng jeng *over sangat kan* Kolej Gamma. Okay cara senior ni bahagikan bilik senang je. Korang dah drive masuk tu , senior tu akan tahan and bagi paper kecik sehelai. Macam aku dulu , kalau dapat warna hijau maksudnya Kolej Alpha. So drive la ke Kolej Alpa. Dont worry nanti ada signboard. Kalau dapat warna pink maksudnya korang dapat Kolej Beta. Gamma pulak warna putih, Tapi tak tau la kalau dia orang dah tukar colour plak sem akan datang. Contoh number bilik B4-04-04 , maksudnya Beta blok 4 , tingkat 4 and bilik no 4. Bilik kolej perempuan ada dua jenis sama ada korang dapat bilik 2 orang atau 4 orang. Kalau kolej lelaki ana tak tau. Maaf sangat. 

Dah sampai kolej korang nanti , ada khemah pendaftaran. Pastikan borang2 semua korang print bebetul. Surat tawaran tu tolong print banyak sikit, Jangan la print sehelai je, Tak silap kena 4 helai kut. Okay kalau takde masalah dah siap register terus ambik kunci bilik. Oh lupa nak habaq. Bilik yang korang dapat depends on rezeki. Ada sesetengah U sampai awal dapat bilik bawah. Tapi time aku dulu sampai awal dapat tingkat 4. Sadis hokeh. And kalau sampai ke malam korang takda roomate jugak ,  please inform your OC immediately. OC tu senior yang uruskan mds korang. So dah settle semua bermula la seksaan korang selama seminggu. Gudluck ^^

Tang pakaian rasmi , ada yang tanya kena pakai baju putih ke ? Masa orientasi girl pakai baju kurung biasa je warna bebas and tudung bawal pin 3 ke bawah. Lelaki pakai kemeja warna pape je with tie and so on. Bila tiba hari perasmian baru korang kena pakai baju putih.
Girl : Baju kurung putih (baju sekolah pun takpe) , kasut hitam , kain hitam plain and tudung uitm. Tudung uitm akan dapat masa pendaftaran
Lelaki : Baju kemeja putih plain , kasut hitam , seluar slack hitam and tie uitm (tie dapat masa pendaftaran)
But then korang jangan risau. OC akan bagitau bila kena pakai baju putih tu semua. Make sure alert jangan asyik tido je yee. And lagi satu aku suggest girl tu bawak la starch untuk tudung sebab tudung uitm sangat susah dibentuk T_T


Tang barang2 pulak , extension JANGAN bawak nanti kena rampas. Lagipun untuk girls , uolss akan dapat sorang dua plug. More than enough kan ? Bawak la heater kalau suka minum air panas. Iron bawak sendiri. Jangan harap roomate. Hanger bawak la lebih. Alas kaki pun bawak la ye sebab basah2 dari bilik air masuk bilik memang licin. Kolej perempuan lantai mozek. Kolej laki maaf ana tak tau. Bantal bawak sendiri , sebab takda disediakan harap maklum ye anak2. And pikir la lagi apa barang yang logik okay ? Stok makanan jangan lupa :)

Aku rasa setakat ni dulu kut. Nanti kalau aku ingat apa2 info yang perlu share ngn korang , i will update this entry okay ? So again best of luck to bakal mahasiswa Uitm Tapah Perak. ^_^

10 comments :

MaisarahSidi said...

uitm di hatiku..hehehe

Unknown said...

@Maisarah Humaira yeah uitm dihatikuuuu

Unknown said...

Hi kak. Nk tny, baju kurung putih tu mcmna eh? Mmg kena bawa sndri ye? Kasut hitam tu kasut flat tutup tkpa kan?

Unknown said...

Hi kak. Nk tny, baju kurung putih tu mcmna eh? Mmg kena bawa sndri ye? Kasut hitam tu kasut flat tutup tkpa kan?

Munirah said...

Akak, nak tanya, mesin basuh ada disediakan or not ?

Unknown said...

Ye ada. Maaf lambat reply

Unknown said...

Baju putih tu mmg kena bawa siap2 ka ?

Unknown said...

@Lily saya rasa mds terbaru ni tak perlukan lagi baju putih. tapi just in case , awak bawak je la ye. Goodluck ^^

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

So Mmg uitm xsediakan iron la ni

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.