Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

08 October 2015

Resepi Kuih Batik versi Nurin

Haaa tengok tajuk punya la gah. Seboleh boleh nak masukkan nama sendiri. Hehe. Semalam lepas hantar adik kecik sorang tu balik asrama, abah ajak singgah maslee Simpang Renggam. Kononnya nak beli spray pewangi automatik sahaja. Tapi bila ummi tanya
"Susu tin kat rumah ada lagi tak?" *sambil belek tin gold coin*
Then aku pun terpikir , milo kat rumah banyak lagi. So boleh la buat kuih batik. Dan aku pun cepat cepat tarik bakul pergi borong susu tin satu , marjerin sepeket and biskut marie 2 packet. Sebenarnya biskut tu guna sepeket je. Tapi sebab tak tau nak pilih jenama mana satu , tu pasal la beli sampai dua. Hahahah takpeee abah bayarkann. Kite ambik jee. Ala tak sampai 20 hengget pun. And part marjerin tu aku prefer marjerin yang packet pelangi 1kg. Lebih kurang 4 hengget jaa. Marjerin tu pun wangi. Ada rasa masin2 sikit. Ada sesetengah orang suka guna butter. Tapi my mum tak suka makan kalau guna butter. Dia kata manis plus lemak sangat. Cepat muak. So kite ikut je la citarasa my madam ni. 
Then pagi tadi rajin pulak nak men'snap' gambar kasi sumbat dalam belog kesayangan aku niii. Korang kalau tak selesa dengan resepi aku ni bole la olah sendiri ea. Sebab kuih batik ni senang je.  Semua orang tau buat kut. Aku je gedik gedik nak tulis resepi bagai. 

Tudiaa bahan bahan yang aku guna. Sikit je kan ?



Kuantiti bahan :
5@6 senduk milo
3/4 susu tin gold coin *jenama apa pun bole*
1/3 packet marjerin *sepeket tu korang belah kpd 3 bhg then ambik satu je bhg ok?*
Satu packet biskut marie dipatah patahkn

Okay bahan bahan pun dah siap. Masa untuk masak !!!!! 
First step sila panaskan kuali anda. Lepas tu kite masukkan marjerin. Pastikan api tu kecik je yee. Pastu korang gaul je marjerin tu sampai cair. Bila dah cair tu , gaul je lagi sampai buih buih marjerin tu muncul. Bila dah berbuih cantik , masukkan susu. Gaul je terus. Jangan stop gaul tau takut susu tu hangus nanti tak sedap. Pahit eeee yayakk. Sapa yang nak makan kalau pahit nanti ? Aiyokk

Bila dah masuk susu and korang pun dah gaul , nanti dia akan kembang. Akan ada buih buih susu campur marjerin , ha time ni korang masukkan pulak milo. Ala kacang sangat kan ? Budak tadika tu pun boleh buat, Milo ni korang jangan biar lama sangat , nanti kuih batik korang keras. Sebab aku pernah buat pastu jadi keras. Terpaksa jugak telan walaupun gigi nak patah dah gigit kuih batik tak jadi tu. HAHAHA *gelak guling guling* Malu je anak dara dah 18 tahun tapi fail lagi buat kuih senang camni. Aii malu laaaa okay stop, Sambung balik. Lepas masukkan milo tu korang gaul rata cepat cepat, Agak dah sebati tu masukkan biskut. Gaul milo tu dlam 2-3 minit je tau. 

Hah bila biskut pun dah masuk , korang gaul je la lagi sampai rata. Matikan api dulu sebelum masukkan biskut. Last step bila dah gaul rata tu , masukkan la dalam tuppeware. Ataupun macam my mum dia letak kat plastik beras, lepastu gulung cantik-cantik. Jadi bila dh sejuk nanti potong jadi cantik la. Bulat je bentuk dia. Tapi aku nak makan sendiri je so sumbat je dalam tuppeware. Takyah cantik-cantik sangat la kan. Nanti masuk ke perut jugak akhirnya. K doneee ! Boleh la mencuba di rumah. Eceh ayat iolss. Bebajet chef kejap

P/S : MAAF TIADA GAMBAR UNTUK DIPAPARKAN LAGI. Sebab dah terdelete kah kah sebab entry ni dah lama. Baru sambung balik harini. Di bilik aku di uitm tapah peghak. Nice nurin T_T

TWITTER : __ciknurin


2 comments :

Nur hamizah ibrahim said...

heyyy nice blog! keep it up ^.^

Unknown said...

@Nur hamizah ibrahim
Thankss hihi btw blog miza pun cantik ^^

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.