Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

08 October 2015

Stress ?

Selamat petang my bloggy. Okay bye. Eh tebiat pulak kan pepetang camni ? Orang lain sibuk berjogging merehatkan minda , aku sibuk bergolek kat atas katil sambil update blog yang kusam bersawang ni. Bukan taknak exercise , tapi sekarang kan musim jerebu. Tak elok untuk kesihatan. Ceh tipu tu tipu. Kalau tak jerebu pun memang aku takkan jog. Lepastu badan naik salahkan makanan. Ye la sape suruh sedap sangat ? Kan dah masuk perut aku je. *taknak ngaku sendiri pemalas* kih kih

Okay jerebu atau exercise tu bukan topik sebenar ye. Tu iklan semata-mata dan aku tak gemuk pun. Fakta okeh fakta. Sape berani cakap aku gemuk siap la dia! Aku makan manusia yang cakap aku gemuk. HAHAHA*ketawa giant*. Hah apa la yang cik nurin ni nak merepek hari ni kan. Pasal stress ? Amende stress ni amende ???? Disebabkan sekarang tengah musim final untuk students diploma , so aku rasa sesuai sangat la tajuk entry kali ni. Siapa yang tak stress musim exam camni ?  Angkat tangan cepat. Okay dah turun balik. Berapa lama tak cuci ketiak ?! Busuk tau tak *nampak beno nipunye* Seriously sapa yang tak stress waktu exam camni memang dia seorang yang pandai manage time. Sebabnya mereka sentiasa study so when it comes to examination , will be easier to him or her la kan. English broken maap ye. Apehal teruk sangat english aku tu ? Abaikan. Hah tapi majority students ni dia suka study last minute. Senang ingat katanya. Konon la senang ingat lepas tu dapat paper terus blank. Aku la tu orangnye. 

Kadang kadang bila kita stress belajar ni kita akan buat sesuatu yang bodoh tanpa kite sedari. Tak kesah la stress sebab apa pun. Alkisah tadi roomate aku menghafal nota management. Killer subject la bagi students accounting. Tapi bagi manusia yang suka membaca I think it doesn't matter. But untuk otak bebudak yang suka mengira ni it will be a very big matter. Sambung cerita , roomate aku hafal memula duduk diam tau kat meja belajar. Lepastu dia jalan sekeliling bilik sambil mengahafal. Then dah penat nanti dia baring. Pastu guling kiri guling kanan dengan mulut non stop hafal notes. Sampai satu tahap aku jadi nak gelak. Dia letak kerusi sebelah katil dia, letak bantal kat kerusi tu then dia baring kepala kat atas kerusi badan atas katil and kaki hentak dinding macam orang kawad. Kiri kanan kiri , kiri kanan kiri. Serious buat aku rasa nak gelak. Maybe korang rasa benda ni tak kelakar pun sebab korang tak alami. Tapi aku rasa memang kelakar. Aku pun kalau menghafal memang tak reti dok diam. Sometimes tak sedar pun yang aku tgah bdiri atas kerusi or lompat2 atas katil dengan mulut terkumat kamit menghafal. Bagi aku la masa paling stress ialah waktu menghafal nota. And cikgu aku pernah cakap

"Sometimes bila kita terlalu stress,kita akan lakukan sesuatu yang bodoh"

Sesuatu yang bodoh tu bukan pergi terjun bangunan and so on tu , tapi sesuatu perkara yang kita lakukan separuh sedar. Aku nak aje rakam gelagat aku sendiri waktu hafal notes. Macam macam aku buat. Gigit bantal la , sepak angin la pastu nanti tetiba nyanyi. Part paling kelakar bila aku terangkan sesuatu topik tu kepada diri aku sendiri. Orang akan ingat aku gila okayy sebab bercakap sensorang.

"Ha okay 2 tambah 2 sama dengan empattt"
"Kalau dua tolak dua camne pulak ek?"
"Dua jatuh kut hahahaha"

Lebih kurang camtu la cara aku nak bagi otak aku ni paham. Ibarat mengajar diri sendiri. Tapi takde la sampai 2+2 pun nak explain. Logik sikit la kannn. Macamtu la kisahnya orang yang stress. Kita tak sedar pun benda yang kita buat tu sebenarnya kelakar. Cabaran paling hebat bila nak start study la. Bukak buku jap , emm gi basuh baju dulu la. Dah siap basuh baju , main game kejap la. Pastu lapar la , gi cafe dulu la baru study. Bila dah kenyang , ngantuk la pulak , tidur jap la. At the end aku tak study pun. Tapi bila dah start study and dah rasa nikmat study tu memang susah nak stop. Sedar sedar je dah 2-3 jam berlalu. Tu moment paling seronok la setakat satu sem aku jadi student uitm ni. 

So ape pengajaran precious yang kau dapat kat sini ? Setelah baca esei tak lulus aku ni ? Study last minute itu bagus. Yeee sape ngajo kau ? Jangan la ikut cara aku tu. Buat stress otak je la wei. Pengajarannya ialah kau kena pandai cari cara untuk hilangkan stress supaya aku pun tak tau la supaya apa. Kau pikir la sendiri. Makanan tu dah menyeru nama aku dari tadi. Perut pun dah "kriokkkkk" mintak diisi. Reverse diri dulu xD

TWITTER : __ciknurin

P/S : STRESSED kau terbalikkan jadi apa ? DESSERTS pandai. Dah gi makan sana 

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.