Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

20 February 2016

Dah Tau Kenapa Tanya ??

Halu haluu. Dah masuk 2016 ni , ada lagi ke reader yang baca blog kebudak-budakan aku ni ? Hahaha dah masuk umur 19 ni em masih lagi berperangai kanak2 ribena. My bff since school tu pun dah nak kahwin. Kau nurin ? Masih lagi duduk depan laptop layan runningman , big hero 6 , korea , korea , korea. Btw nak ucap selamat pengantin baru buat my bff , Fatin yang akan berkahwin pada bulan Mei ini. Aku tau terlalu awal untuk wish. Tapi maaf la aku excited pulak member nak naik pelamin. Walaupun aku akan jadi penonton je nanti hukhuk *crying sekejap*. Sebenarnya aku masih lagi terkejut kawan baik sorang ni nak kahwin. You know , your kawan baik since form 1 wehhh, since aku selekeh lagi dulu sampai sekarang , dah nak mendirikan rumah tangga. Dulu masa sekolah menengah bila cakap pasal kahwin je memasing excited nak jadi pengapit la , nak jadi tetamu VIP la and so on. Laaa ni semua ke laut sebab jadual study tak sama. Tak kesah la yang penting aku akan pastikan aku datang gak wedding kawan baik sorang ni. Najwa , awak bila pulak ? HIHIHI *tak sedar sendiri pun tak kahwin lagi*. Too early kot bagi aku la. Nak enjoy dulu keluar dengan kawan2. Travel around the world dulu. Ecewahh. 

Okay lets start our topic for today. "Dah tau kenapa tanya?". Ramai orang sekarang suka sangat tanya benda yang dia orang dah tau. Padahal dia dah nampak dengan mata sendiri apa yang orang lain tengah buat. For example :

Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?


Look , Nana nampak kut apa yang Yaya sedang buat. Tapi kenapa dia tanya benda yang dia dah tau ? Okay si Nana sedang cuba untuk bermesra dengan Yaya. Kadang kadang pertanyaan macam tu yang buat kita rapat dengan orang lain. Contoh paling besar bila kat kolej atau asrama. Ada curtain orang dia suka sangat duduk bilik. Dah macam kepompong dah bilik dia tu. Kalau boleh taknak keluar langsung. So orang macam ni dia susah sikit nak berkenalan dengan jiran-jiran bilik dia. Sometimes dengan roomate sendiri pun jarang borak. Terlalu sibuk dengan dunia sendiri. Jadi soalan "dah tau kenapa tanya" seperti inilah yang mampu membuatkan mereka rapat dengan orang sekeliling. Contoh paling simple macam sidai baju tu la. Permulaan conversation yang agak annoyed. Ye la , dia dah tau tapi still tanya lagi. Tapi , kita tau ke apa sambungan conversation td ? Kita takkan sangka sambungan perbualan tu dapat eratkan hubungan dengan orang sekeliling.

Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?
Yaya : Yee nak tolong ke ?
Nana : Em boleh je. Wangi sabun awak ni. 
Yaya : Saya pakai sabun Breeze. Dia ada pelembut sekali tau. Ni pun dah abis dah. Petang ni nak keluar gi beli sabun jap
Nana : Ohh saya pun nak cari barang jugak. Boleh saya join awak ?
Yaya : Boleh je. Nanti kita gerak sekali ye

See ? Nampak benda tu macam simple. Tapi benda simple ni la yang bantu awak semua untuk rapat dengan kawan2 sekeliling. Kita je kadang berfikiran terlalu jumud. Bila orang tanya , kita balas dengan ayat perli. Tak terkecuali la diri aku sendiri. But then sama-sama la perbaiki diri ye. Orang sekeliling ni yang jadi penilai untuk sahsiah dan adab kita. Sometimes bila kita terkasar bahasa orang dah taknak berbual lagi dah dengan kita. Puncanya kata-kata sendiri jugak.

Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?
Yaya : Aik ? Buta ke ? Taknampak orang tengah sidai baju ni ?
Nana : "eee biadabnya dia ni. Dah la sombong. Jangan harap aku nak tegur lagi"

Kita takkan tahu apa orang cakap pasal kita dalam hati dia orang. Dan kita takkan sangka perkara kecik macam tu boleh jadi besar. Jadi konklusinya di sini, kita layan je la soalan "dah tau kenapa tanya" ni. Banyak bagi manfaat juga sebenarnya. Tapi kita yang cuba nak bermesra dengan orang ni jangan la tanya soalan "dah tau kenapa tanya" ni tak kena tempat. Buat orang lain jadi annoyed nak mati dengan kita. Contohnya:

Nana : Aaaaaaa ada charlie !!! Tolongggg !
Yaya : Mana charlie ? Meh saya seletip
Nana : Tuuuuu *sambil tunjuk*
Yaya : Okay dah. Memang takut charlie ke ?

Lawak kut soalan tu. Budak tu dah ketakutan dengan haiwan tu , awak boleh tanya "memang takut ke ?". I dont think soalan ni sesuai untuk bermesra. Tapi kalau dah terlepas pepandai la cover balik. So that orang takkan annoyed dengan kita. Ye tak ? 
Ada lagi satu situasi di mana aku masih curious kenapa kita selalu buat. Bayangkan awak semua di sebuah kedai handphone. Dan awak pun bertanya

"Bagus ke phone ni?"
"Bagusss. Memory dia besar. Takkan hang punya la blablabla."

Awak. Sedar okay. Awak sedang bertanya dengan promoter. Memang dia akan cakap bagus punya. Trust me. Benda tu kerja dia and ada komisen untuk setiap produk yang terjual. Jadi soalan awak tu mungkin boleh diubah kepada soalan yang lebih sesuai.
 

"Berapa besar memory phone ni ? Boleh masuk sd card ?
"Warranty berapa lama ?"

Tanya soalan yang lebih berisi dan memberi manfaat kepada kita sebagai pengguna. Kau takyah layan promoter dia cakap bagus ke apa ke. Serious jangan layan. Aku paling benci bila nak beli barang , promoter cakap benda tu bagus and puji barang dia melambung sikit punya tinggi melangit. Benda yang aku avoid selalunya ialah promoter. Kita akan tau benda tu bagus bila benda tu memenuhi segala keperluan kita. Contoh nak cari kasut sukan yang selesa berwarna biru. So kau pun pergi la kedai kasut. And kau jumpa satu kasut ni. Selesa , saiz kau pun ada tapi warna yang kau nak dah habis. So the promoter will be like 

"Warna ni pun cantik dik. Sesuai dengan semua jenis warna pakaian"


Sekali lagi aku cakap , sila ABAIKAN ! Kau jangan dengar langsung apa promoter tu cakap. Kau letak balik kasut tu and pergi cari kasut lain. Cari sampai kau puas hati dengan saiz and warna semua. Tapi kalau rasa taknak buang masa and perlukan benda tu segera , kau beli je la. Cerewet ni kadang  kita boleh layan kalau kita ada banyak masa je. Hahaha. Tapi sampai sekarang aku masih tak suka dengan promoter. Sebab aku selalu sangat menyesal bila dah beli. Because i didnt get what i want. So i will avoid the promoter and cari barang yang aku nak sampai aku betul2 puas hati. Mohon kepada encik engineer , tabahla dengan perangai shopping aku yang satu ni. Cerewet hhahahaha. Okay la setakat ini sahaja aku merepek. Next time kalau jari aku nak menari lagi kat keyboard ni aku post lagi yaa. Daaa
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.