Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

12 October 2016

Cerita seketul Nurin

Aku rasa dah berzaman gak tak post kat belog cumil-cumil ni. Dah bersawang dah ni. Kalau ada dinding ni , dah retak-retak aku rasa. tinggal tunggu jentolak datang nak robohkan. Tudia merepek aku memang tak pernah hilang. Pagi tadi aku baru je habis jawab paper CTU231 which is perakaunan islam. Tamat lah sudah subjek ctu dari sem satu hingga tiga. Sem depan dah takde subjek yang menggunakan bahasa melayu. Fully english. Dah takdak ustaz nak buat lawak lagi. Aww saya sedih sangat.  T_T

Tak tau la kenapa aku rasa tough sangat sem 3 ni. Baru sem 3 kutttt. Freshie lagi orang kata. Banyak sangat dugaan masa sem 3 ni. Entah lah mungkin banyak dosa kut ? Opss *muhasabah diri + perli diri sendiri* .... Masa permulaan sem tu okay je takda masalah pun. Ye laa awal sem kan. Takda benda sangat pun. Test quiz tu jauh sekali. Lecturer pun asyik cancel kelas je. Memang best la puasa kalini. Teringat masa sem satu , aku dok buka kat bilik je dua orang dengan rumet. Dia kat meja dia , aku kat meja aku. Sampai la habis puasa. Masa tu memang tak terpikir nak ada kawan ramai-ramai. Sebab buat apa nak simpan kawan ramai-ramai kalau semua tak boleh pakai kan ? Lagi pun masa sem satu abah tak bagi keluar. Gi pekan tapah pun , call mintak izin. Kena soal siasat dulu pi dengan sapa , nak cari apa hahaha. Abah i memang strict sikit. Sikit je tau. So disebabkan itu aku tak pernah merasa buka puasa kat luar. Kau bayangkan la sebulan dok dalam bilik , kelas , katil , kafe. Tu je life guwe. HAHHAHA. Dah sem 3 ni baru la merasa buka kat luar. Baru la aku nampak bumi Ipoh , Kampar, Lumut , Sri Iskandar tu cemana. Kalau tak , memang terperuk je weh kat Tapah ni. 

*gambar hiasan semata*

Okay cerita terbaru yang perit dalam hidup aku ni masa last week sebelum final. Cerita bermula masa aku balik raya haji tu. Balik perak naik bas UiTM. And yang tahi sangat bas tu tak stop lunch langsung. Kau bayangkan la dia jalan dari pukul 10 pagi sampai 5 ptg baru dia stop kat rnr. Sampai tu perut aku memang dah penuh angin. Tunggu masa je nak muntah. Sampai je kedai makan tu terus blueekkk kat sinki dia. Bengang siot muntah kat public. Tapi mase tu tak pikir apa dah. Aku tau aku nak sihat je. Sampai kolej memang barai teruk badan aku. 2 hari gak aku gi kelas dalam keadaan sakit nak mampus. Gastrik teruk. Hari Selasa malam tu makcik aku datang pick up aku balik Johor, Sebab memang tak larat sangat dah. Dah la minggu tu banyak test , group assignment nak submit. End up aku ambik test sorang2 masa study week. Sedih sangat k. Group assignment tu memang aku tak membantu langsung. Harap nama je ada kat page depan. Sorry gais aku still rasa bersalah sampai sekarang expecially kat shera. Hukhhuk :(



Next yang perit nye masa aku sakit gigi. Masa tu balik dari raya aidilfitri. Aku ni asal balik raya je bawak penyakit hahaha. Citernya masa raya tu aku dok telan coolbelog. Gigi memang dah start sakit. Tapi aku buat tak layan je. Sekali masa nak balik tu dia berdenyut nak mampus. Sepatutnya aku balik Perak hari Ahad tu , tapi terpaksa la extend cuti and skip kelas. Nasib baik kelas Isnin tu tak berat mana. Agama dengan English je. Ahad tu umi terus bawak gi klinik gigi and dokter cakap gusi bernanah. Hambik kau. Seminggu gak telan antibiotik. Dah balik Perak tu , aku kena gi lagi klinik gigi. Sebab masa tu antibiotik dah habis. Tapi sakit tak habis lagi. So dua kali gak aku berulang klinik tu. And kali kedua tu terus cabut. Gigi graham lak tu. Gigi yang diguna utk kunyah makanan. Menyesal gila minum coolblog. Sampai sekarang aku tak pernah minum coolbelog lagi. Serik duh. Cukup la aku hilang satu gigi hahaha tak sanggup nak pakai gigi palsu. Macam orang tua-tua je takde gigi ni kan ?


Ada lagi 3 paper menanti untuk final ni. Aku rasa dah boleh start study kut ? *sambil bukak youtube layan lagu awie dulu* 




2 comments :

Unknown said...

Taknak cite ke balik buka tu kol bapa n keluar ngn sapa? Haha😝

Unknown said...

Hahaha tak perlu la kottttt cerita kejahilan dsni hukhuk

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.