Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

11 September 2015

Kunci

Uhuk uhuk *batuk org tua* kah kah. Malam ni rajin pulak aku nak membanjiri blog aku ni dengan idea idea bernas aku. Puih perasan gila. Aku baca pun geli. Dah lepas test management and economics rasa lega gila. Seminggu beb aku menghafal segala teori entah pape tu ish geram pulak. Ni belum final lagi. Mati la nakk oi. Tak tau la pehal aku ni lembab sangat kalau masuk subject yg kena menghafal. Kalau boleh aku nak makan je buku-buku tu biar masuk otak terus. Lol fakta mana kau pakai ni nurin?

Okay topik hari ini ialah jeng jeng jeng KUNCI. Ape la yang aku ngengade sangat nak story pasal kunci ni ? Nak tau kena la sambung baca karangan bebudak aku ni. Cerita bermula di pagi hening burung burung pun berkicauan begitu ceria sekali dan angin menyapa lembut pipiku. Weh kau ingat ni novel ke ? Stop stop ! Sebenarnya setiap pagi jumaat aku kena jaga koperasi. Kite orang kat uitm tapah ni panggil koperasi tu sebagai k-shoppe. Ade gaji ? Of coz la girls. Wajib ada okay. Tapi takla mewah sangat. Cukup la buat beli banglo sebijik. *aku tipu je takyah percaya* Petang jumaat tu pulak aku ada test business math. So pagi pagi bangun la nak study. Waktu aku jaga k-shoppe tu dari kul 9 pagi till 12 noon. Aku bangun pukul 6.30 pagi terus mandi solat semua pastu terus la bukak buku. Hafal segala formula yang wajib ingat sampai mampus tu. Tapi aku suka subject bis math ni sebenarnya.  Susah macam mana pun aku mesti paksa gak diri aku belajar. Lagi syok bila soalan tu susah , satu kelas tak dapat jawapan and kau sorang je dapat. Pehh rasa bijak sekejap. Ye laa satu kelas aku majority budak sekolah sains beb. Aku je antara budak sekolah harian. Mesti la rasa rendah diri kan.

Back to the story, masa study tu aku buat la air koko sekali untuk sarapan. Ala cecah ngan biskut kering. Macam tak pernah buat je kan korang ni. Memang jadi kewajipan aku kena sarapan setiap pagi. Kalau tak sarapan nanti perut ni mula la nak gastrik bagai. Ngade ngade kan ? Siapa angguk aku ketuk kepala dia. Hah tau takut. Waktu dah siap sarapan tu aku gi la keluar kejap basuh cawan semua. Pastu dah alang alang tutup buku bis math tu , aku gi la bilik akak senior nak ambik kunci kshoppe. Jam pun dah nak dekat pukul 9 pagi. Aku kalau keluar gi memana memang akan lock pintu. Walaupun gi toilet je. Kalau barang kita hilang boleh la lagi menangis gitu je. Ni kalau barang roomate pun hilang, naya je aku weh. So nak selamat memang gi memana aku akan lock pintu. Dah balik dari ambik kunci tu aku terus la bersiap. Gi la bilik air dulu berus gigi and so on. Takkan nak memasak pulak kat bilik air. Pastu macam biasa lock pintu, kunci tu aku masuk la dalam kocek. Dah siap berus gigi apa semua tu masuk la bilik. 

Aku pun cucuk la kunci tu nak bukak pintu kan. Tetiba kunci tu tak boleh nak pusing. Aku cuba jugak sampai boleh. Muka dah cuak gila. Roomate aku pulak baru je keluar sebab dia ada test. Dalam hati aku 'ish takkan la pintu ni dah rosak kut. Aku ganas sangat ke guna pintu ni selama ni?' Then tetiba aku perasan something.

"Ni bukan kunci aku! Ni kunci kshoppe"
"Tidakkkkkkk!!!"

Okay serious aku menjerit macam orang gila masa tu. Ya Allah muka dah pucat lesi. Kau bayangkan la aku baru bilik air kut. Dengan berus gigi kat tangan aku terus gi ketuk bilik jiran depan. Nasib baik dia orang ada. Tapi memasing baru bangun tidur. Mamai lagi la senang kata

"Weh korang pinjam phone!!"
"Emm takda kredit la"
Pastu aku tanya la kawan lagi sorang tu.
"Aina pinjam phone plisss. Kita tertinggal kunci dalam bilik"
"Kita takda kredit jugak la nurin"

Eh lawak kan dedua saing pulak takda kredit. Malas nak cakap banyak. Aku mintak nombor roomate aku kat dia orang. Pastu terus pinjam phone bilik sebelah. Nak jadikan cerita lagi ni , roomate aku nama Alia. Nama president kolej pun Lia jugak. Kau tau je la kalau cakap dengan orang mamai kan. Aku mintak nombor roomate aku , bebudak dua ekor tu gi bagi nombor president. Aku pun tak alert masa tu. Aku cuma perasan no roomate aku lain je ni. Biar betul ? Tapi nak cepat sangat aku malas nak pikir bebanyak. Sebab budak sebelah yang ada kredit tu dah nak keluar. First call

"Hello Alia sorry ganggu. Boleh tak balik jap kite tertinggal kunci dalam bilik"
Satu napasss je okeh. Nampak tak aku punya kelibut ? Pastu orang yang angkat tu......
"Alia ?"
"Ye alia aqilah. Balik cepat pliss"
"Alia aqilah ? Eh salah nombor ni"

Aku masa tu rasa nak hantuk kepala kat dinding. Try call kali kedua. Kut kut aku salah tekan ke tadi kan. But still sama. Pastu aku patah balik bilik depan

"Wehhh korang bagi nombor sapa ni? Kita nak nombor Alia laaaaa!!!"

Percaya atau tak , kau kena percaya jugak yang aku bercakap tu sambil menjerit. Tengok jam dia orang dah pukul 9. Mampus laa alia mesti dah start test ni. Pastu kawan aku yang mamai ni cakap camni

"Laaaa nak nombor alia ke ? Ingatkan nak nombor kak lia president tu"
Okay serious rasa nak mengamuk. Aku terus blah dari bilik dia orang. Phone budak bilik sebelah aku tu still kat tangan. Dia dah nak keluar dah. Cepat cepat aku call balik nombor president. 

"Kak liaaaa ni kita nurin. Kita tertinggal kunci dalam bilik. Camne ni?"
"Ohh laa nurin. Gi pejabat kolej mintak kunci spare"
"Ok kak thanks"

Aku pulang phone tu pastu mencicit lari gi pejabat kolej. Dah settle pinjam kunci dapat la masuk bilik. Lega betul. Siap siap terus gi kshoppe. Fuhh dugaan betul. Macam tu la cerita hari jumaat aku. Pastu malam tu aku kena bahan dengan budak bilik depan sebab tertinggal kunci

"Nurin kelam kabut gila tadi pagi. Berlari lari dengan berus gigi dia. Comel betul"

Hahahahhahaha pujian dalam membahan. Apa pengajaran yang aku dapat ? Hidup jangan cuai. Takyah kelam kabut sangat jadi manusia. Kalau nak mintak tolong orang yang mamai , kita kena menjerit okay ? Setakat ni je la.Panjang sangat dah story aku. Daaa


        *ni muka kau bila kena bahan*
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.