Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

21 April 2015

RedONE memang best

Wah dah lama rasanya aku tak kembali menarikan jari jemari ini di keyboard menaip cerita menarik. Sebab bagi aku takda cerita yang menarik aku nak kongsikan. Kalau asyik nak cerita pasal kehidupan aku je pun tak best gak kan kau nak baca. Rasa menyampah pun ada kadang kadang nak menghadap sepatah demi sepatah cerita hidup aku. Macam biasa perenggan pertama mesti takda isi penting yang aku nak hujah kat korang.



RedONE ? Ape tu ? Coklat? Biskut ? Salah salah. RedONE ni macam Maxis jugak. Tapi under syarikat celcom. Disebabkan hari tu Maxis buat hal kat tempat aku , nak call pun stuck nak main internet lagi la tak boleh. Jadi aku pun terfikir untuk tukar plan baru. Memandangkan Maxis pun banyak makan duit aku tanpa sebab kukuh , jadi lebih baik aku tukar plan cepat. Mula mula tu try usha TuneTalk. TuneTalk ni pun under celcom. Pos pes pos pes siasat itu ini rasa macam mahal pulak. Sebab internet 1GB je RM48 choy! Maxis lagi murah aku rasa. One day ni mak aku try la RedONE. Internet 1GB+ RM30. Pelik jugak aku. Asal ada plus tu ? Then pekerja RedONE tu kata kalau dah habis 1GB still boleh guna internet lagi cuma quite slow la and takda charge tambahan. Kalau plan lain contoh macam Maxis, kita dah habis pakai 1GB kena beli lagi pas internet baru right ? Tapi RedONE ni tak payah. Kau pulun la pakai sampai 3GB sekali pun harga tetap  sama. Oh ye RedONE ni pakai bill. Tak payah susah susah topap. Cuba kau bayangkan time kau terdesak nak call , eh kredit pulak expired. Padahal duit banyak lagi tu. Hangin tak ? Haaaa aku dah banyak kali kena. Rasa nak hempas je handphone tu. Lepas tu dengan gaya ala ala gadis melayu terakhir , pergi dekat membe and cakap

"Beb em ada kredit tak? Nak pakai sikit buleh?" *kelip mata bebanyak dengan harapan dapatlah pakai kredit dia sikit*

Tu pun depends pada rezeki. Kalau kawan aku tu kebetulan tengah kaya raya memang dia bagi. Kalau tengah papa kedana ? Memang harapan je okay
Sejak pakai REDone ni jarang la aku ada masalah lagi kalau nak call orang time terdesak. Bukan setakat jarang lagi , memang takda masalah langsung. Bulan bulan mak bapak bayarkan ape lagi nak jadi masalah ye tak ? Anak manja acemni ar. Kau tak yah ikut perangai aku. Tak boleh pakai langsung untuk jadi teladan. KAH KAH KAH *ketawa budak sekarang* Ha kembali kepada topik. Ecewah ayat aku skema sangat. Untuk pengetahuan korang RO (ReDONE) ni call free tau. Tapi free jika RO call dengan RO sahaja. Kalau engko gasak call maxis digi memang la kena charge. Lepas tu sibuk ngadu guna postpaid mahal. Salah siapa sekarang ? Okay pakej RO ni simple je. Korang boleh pilih nak pakej call yang berapa ringgit. Ada tiga. First RM8. Yang ni sesuai la untuk bebudak sekolah bebudak ipt yang jarang call orang. Sebab remaja sekarang dah ada call kat whatsapp. Itu pun lag nak mampuih. Benci aku guna whatsapp call. Yang RM8 ni kalau korang call rangkaian lain seperti maxis dan kaum kerabatnya only RM0.15 per minute ! Kalau korang kurang call , maksudnya guna call tu tak sampai RM8 , korang still kena bayar RM8 juga. Bahasa mudahnya memang kena bayor la tiap bulan RM8. Tapi kalau lebih ikut la harga lebih tu berapa and multiple by 6% untuk GST. 
CONTOH :

RM8.00 x 6% = RM0.48
CONCLUSION : RM8.00 + RM0.48 = RM 8.48

Jadi setiap bulan korang perlu bayar RM8.48 sahaja untuk call. Selalunya jarang la lebih 8 hengget. Engko nak call sape jek lelama ? Pakwe ? Makwe ? Ajak la diaorang pakai RO sekali. Baru boleh jimat. Ye dok ? Pakej kedua RM 58. Ni sesuai untuk orang bisnes la. Kalau tadi call RM0.15 , pakej kedua ni pulak call RM 0.12 sen sahaja seminit. Keterangan sama juga seperti tadi. Pakej last sekali ni RM 88. Yang ni pun sesuai untuk orang bisnes jugak. Tapi kalau engko rasa kaya , boleh la ambik pakej ni. Call dia RM0.10 per minit. Makin besar pakej korang ambik makin la murah. Ok sekarang kita cerita pasal harga mesej pula. SMS ke setiap rangkaian RO cuma RM0.05 sahaja. Tapi kalau kau sms makwe kau yang guna MAXIS atau sedara sedara dia , harganya jadi RM0.10 per sms. Jadi aku cadangkan takyah guna mesej. Kau takda whatsapp ke nak guna mesej lagi ? Jimat sikit jadi orang tu. Haa mak dah marah ni KAH KAH KAH 

Untuk penggunaan internet pula, ade banyak jugak pakejnya. Aku terangkan pakej aku je la ye ? Pakej lain kau pi centre RO then tanya la sampai muntah. Masa aku dulu , pekerja RO tu sampai penat nak menjawab soalan soalan aku. Kau tau je la mulut aku ni kalau dah start bercakap memang takkan berhenti. Selagi tak puas hati selagi tu la aku akan tanya. Dah penat pos pes pos pes pasal pakej internet ni , jadi aku pun ambik la pakej 1GB+ dengan harga RM30 sebulan. Kouta internet korang akan renew pada setiap 1hb for every month. Jadi kalau rasa dah nak dekat 1hb , tapi kouta tak habis habis lagi , better gi la main youtube ke hape ke untuk habiskan jugak kouta tu. Kalau tak habis rugi oi. Kau bayar full RM30 tapi tak guna sebaik mungkin. Macam kes aku masa first month pakai , esok renew kouta , hari ni aku check baki internet ada lagi 500mb. Kepala hotak dia. Punya la sikit aku pakai. Gelabah habiskan kouta hari tu jugak HAHAHA. Tapi tak sempat habis pun. Sedih betul. Jadi bulan kedua pula aku main internet memang takda jimat lagi dah. Semua menatang aku download. Game la , itu la ini la gajah la naga la ok stop. Mengarut lebih. Tetibe aku dapat mesej "YOUR DATA USAGE HAS REACHED 1GB. NO CHARGES FOR FURTHER USAGE" Haaa acemtu la bunyi mesejnya. Maksudnye ape ? Maksudnye kouta aku dah habis ler. Tak paham paham lagi ke ape ni. Lepas tu aku main internet slow sikit la. But its still laju sebenarnya. Aku boleh je attack war untuk COC. Boleh je main whatsapp wechat segala. Boleh je google. Cuma nak download tu lambat sikit ar. Bersyukur la kan ? Dah la tiap bulan mak bapak bayarkan. Itu la maksud 1GB+ Plus tu untuk penggunaan selepas 1GB yang a bit slow daripada sebelum ni. So kepada kengkawan yang masih pakai MAXIS ohh kamon guys ? Tukar la RO. Penat je aku explain panjang panjang. Bukan dapat gaji pun. Daripada korang merungut dengan MAXIS tu baiklah tukar RO ye tak ? 

CONTACT ME HERE :
TWITTER : @__ciknurin

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.