Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

07 July 2015

Nasi Hujan Panas ??


"Berlalu la sudah Ramadhan sebulan berpuasaaaa tiba Syawal kita rayakan dengan rasa gembiraaa"

Amboi laju aje engkorang menyambung lagu raya heh? Sudah sudah tu. Belum raya lagi. Kang mati pulak pokok pokok kat luar tu dengar suara karat engkorang. Pejam celik tidur bangun dah 20 hari kita berpuasa. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan Ramadhan tahun ini. So amacam puasa korang ? Meriah ke tidak ? Penuh ke puasa ni ? Eceh semua angguk kepala. Boleh percaya ke niii. Jangan jangan tengahari je dah masak meggi tak ? Okay okay la kalau perempuan normal kan kan ? Sebab perempuan kan suka memasak ? Eh apa kaitan ? Mula dah aku merepek. Stop stopp

Hah aku nak tanya engkorang ni. Tau tak nasi hujan panas ? Siapa yang tau tu gi main jejauh. Kang kalau aku sambung cerita kat hangpa yang dah tau ni nanti semua gasak gelakkan aku je. Kepada yang tak tau anda boleh terus membaca karangan A+++ aku ni. Kih kih. Okay la cerita bermula begini. 7 Julai 2015 hari Selasa bersamaan 20 Ramadhan. Bila tu ???? Hari ni la kan ? Ye pandai awak semua ni. Cerita aku ni memang fresh lagi. Petang tadi aku ada majlis berbuka puasa bersama dengan rektor uitm. Semua students Fakulti Perakaunan wajib hadirkan diri. Dress code ? Ek eleh nak dress code bagai pulak. Kite orang cuma kena pakai baju raya je. Sebab dah nak raya kan ? Majlis mula pukul 6 and students kena daftar diri. Bila dah siap daftar ape semua bagai tu aku pun ajak la kawan aku gi duduk depan kipas. Majlis ni buat dekat dewan yg open. No aircond. Semua berharap pada kipas yang setia berdiri tu je. Jadi untuk mengelakkan proses membuang lemak (peluh) aku pun bijak sangat ajak membe duduk dengan senior. Sebab kat situ je yang kosong and betul betul depan kipas.

Pukul 6.15 majlis start dengan bacaan yasiin. Nama je baca yasiin tapi ramai ngadap fon je. Yasiin dia org dalam fon. Tak terkecuali la aku yang baikk sangat ni. Dah habis yasiin tu ade la ucapan pelajar ape semua dengan persembahan nasyid and so on la. Aku tak ambik port pun gara gara tak nampak pentas. Kite org punya tempat dilindung oleh tangga. 
Nak sangat depan kipas ha hambikkk. Memang rugi gila la tak dapat tengok persembahan semua. Sementara tunggu waktu buka tu aku borak la dengan kawan aku. Kite orang berdua je part 1 kat situ. Yang lain semua senior. Budak kelas aku semua duduk bahagian tengah. 

Sampai la masa yang dinantikan. Iftar oh yeay !



Tudiaa makanan iftar kite orang. Macam 
nasi minyak kan ? Dalam dia ada lauk ayam goreng berempah, kari and daging. 
Memang sedap sangat. Tak rugi la datang. Cuma tak bestnya aku dapat malu bertimpa timpa hari ni. 

Aku : Eh nasi minyak ni warna warni laaa
Senior depan kiri and kanan aku : Ni nasi  
hujan panas la awak. Bukan nasi minyak
Aku : Tak penah dengar pun??
Mereka : Budak bandar biasa la tu

Hah kauuu senang senang je aku kena label budak bandar. Tapi serious aku tak 
pernah dengar nasi hujan panas. Balik majlis tu aku terus whatsapp umi abah tanya pasal nasi hujan panas tu. Abah cakap abah pernah dengar. Umi pulak cakap tak pernah dengar punnn. HAHAHAHAHAHAHAAH aku tanya kawan kawan aku semua cakap pernah. Rasa macam nak terjun katil lepas tu guling guling. Confident gila muka aku masa cakap nasi tu nasi minyak. Kau tau tak aku bengang sangat ?!!! Okay korang semua boleh gelakkan aku sekarang. Nak terjun katil T_T

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.