Ehem ehem salam satu malaysiaa semua. Hashtag sehati sejiwa. Ecehh baru lepas merdeka kan ? Tahniah kepada kalian yang berjaya ke dataran untuk meraikan kemerdekaan ke 58 negara kita. Tahniah juga kepada diri sendiri kerana meraikan merdeka di dalam bas. Ye la semalam memang time bebudak u balik kan. Orang dah cakap tak yah balik. Cuti pendek je. Tapi aku peduli ape ? Aku nak balik jugak. Hah tu yang merasa merdeka di dalam bas yang sungguh lembab tu. Banyak sangat berhenti la bas semalam tu. Sampai aku nyaris kena tinggal okeh. Siot betul. Okay lari tajuk. Macam biasa perenggan pertama memang aku merepek je. Takde isi pun.
Back to our topic. Matang. Apa itu matang ? Lain orang lain pendapatnya. Ada curtain manusia kata matang tu dari sudut pemikiran seseorang. Ada pulak yang kata matang tu ditunjukkan melalui rupa. Kalau muka baby face tu dia orang label sebagai "belum matang". And ada juga yang kata matang ni kita nampak dari perbuatan seseorang. Macam-macam pendapat amd various of ideas. Lain otak lain la pikirannya kan ? Kita semua bukan robot , mindset sama je. No colour in life. Bagi aku la kan , matang ni apabila kita mampu selesaikan masalah kita tanpa bergantung pada orang lain. Ingat tak dulu masa kekecik....
*flashback*
#when we were 3 years old
Anak : Mak adik dah ciap beyak. Mak cibukkan la
Mak : okay
#when we were 7 years old
Anak : Ayah macam mana nak pakai tie ni ? Adik tak pandai arr
Ayah : Meh sini ayah pakaikan
#when we were 13 years old
Anak : Mak tolong ajar adik iron baju. Adik tak tau
Mak : Sekejap nanti mak tolong
Macam-macam masalah. Macam-macam gelagat. Itu masa kecik-kecik. But now kita semua getting older day by day. Takkan semua benda nak harap mak ayah. Sikit demi sikit kita belajar buat everything sendiri. Bila dah masuk kolej , kena buat assignments , kena beli makanan guna duit sendiri , kena cari apa yang kita nak tu guna tangan sendiri. Kena usaha everything sendiri. No more jerit makkkk. No more merengek ayahhh. We need to survive on ourselves. Itulah maksud matang bagi diri aku.
Masa sekolah menegah dulu aku boleh lagi harap kawan kawan nak tiru homework. Bila dah masuk kolej ni aku rasa aku kena usaha sendiri. No depends on friends anymore. Lebih lebih lagi jauh dari mak ayah. Aku belajar mengerti maksud "susah". Sometimes tears make me go on. Tak perlu pandang ke belakang. We can't turn back time. Jadi jalan je la ke depan. Dah macam cerita hantu pulak. "Jangan pandang belakang". Hahaha but sometimes kita akan rasa seronoknya masa kecik kecik. Tak payah pikir masalah. Mak ayah ada untuk kita. Tapi sebenarnya kita tak sedar bahawa cabaran yang sekarang akan jadi memory manis kita masa tua bangka nanti. Kalau kau dah nyanyok atau ajal sampai dulu tu lain cerita la kan.
But for me la kan , tak perlu matang sangat. Nanti kau rindu nak jadi bebudak balik. Life kena stable. 50-50 maybe nice. Ada masa kita perlu matang. And ada masa kita kena enjoy dengan sikap keanak-anakan. Life is full of colours. Warnakan ikut kreativiti kau. Tak boleh ceria sangat. Tak payah la banyak sangat sad story. Baru la life tu gempak. And aku rasa aku belum cukup matang lagi untuk berbicara tentang "kehidupan". Cause im only an eighteen years old girl. Im still looking what's the meaning of life. Apa yang penting ? Kerjasama ! Hah lama tak tengok wonder pets. Sejak dok kolej ni, banyak betul cerita aku terlepas. Ulang balik. Apa yang penting ? Life must go on. Yang lepas tu jadikan pengajaran. Kita ni manusia tak pernah terlepas dari kesilapan. Buat la kesalahan sebanyak mana yang boleh. Cause from the mistakes , we learn something precious. Pehh ayat aku hebat gila harini. Okay cade closed. Cukup la sampai disini perbincangan kita.
Aku update blog ni sebab nak dapatkan tarikh 1 sept tu je. Kelakar tak ? Gelak la wehhh HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
No comments :
Post a Comment