Dah hampir tiga minggu cuti sem , setiap saat setiap detik aku habiskan dengan....makan tidur tv runningman tido lagi korek hidung pastu lap kat dinding. Eeeeee !!!! hahaha takyah ee sangat la kalau pernah buat kan ? Ececeh nak tipu la tu. Padahal tengah senyum-senyum teringat berapa banyak dinding dah terkena taik hidung korang kan kan kannn. Alkisah tadi aku usha la belog aku ni. Baca balik cerita-cerita lama. Lepastu aku terpikir , sejak bila aku taip camni ? Eh aku pernah buat ayat camtu ? Bila masa ? Rasa kelakar pulak baca kisah-kisah aku sebelum ni. Tak sangka aku kelakar rupanya. Sapa yang kata aku masuk bakul angkat sendiri tu mesti pernah sepahkan taik hidung dia.
Hah ni mak jemah nak ceghita la. Harini result diploma uitm keluar bakhang. Semalam aku dah ingat harini result keluar. Pastu nak hilangkan debor la kunun , aku gi la usha make up online. Tak cukup sejam dua weh. Lagi-lagi kalau dah bukak lazada. Kalau letak pokok bunga sebelah aku tu confirm layu. Mesti kau ingat sebab lama sangat aku usha lazada tu kan ? Sampai berjanggut kan ? Salah. Sebab pokok tu tak dapat matahari la. Lawak basi je korang ni. Hah merepek. Back to the story. Dah usha-usha make up tu tetiba menguap pulak. Tapi tak terniat pun nak tidur dulu. Sebab rasa macam ada something aku tertinngal. Ye aku lupa dah pasal result tu. Aku pun grab la buku fixi. Layan sampai tertidur. End up aku terjaga pukul 3 pagi.
Lepastu kannn terkebil-kebil ngadap ceiling. Kenapa aku tidur tak tutup lampu ? Pikir punya pikir. Laaaa result ! Terus ambik phone bukak emel. Tengok pointer cukup makan. Aku betul-betul harap aku masih mimpi tau. Tak panjang cerita aku tidur je balik. Esoknya bangun , aku check balik emel. Betul rupanya pointer aku jatuh menyembah bumi. Sedih dia ya ampun tuhan je tau. Syukur tu memang syukur sebab masih dean. Cuma kecewa tu mengatasi rasa syukur.
Tengahari tu aku habaq la kat umi.
"Umi result dah keluar. Terukkkk" Muka aku memang macam nak nangis la.
"Laaa teruk apanya. Okay la ni. Masih dekan. Kau nak tinggi camne lagi ?" Sambil tengok result aku.
Aku pun diam je. Tak mampu nak kata apa. Bagi aku sebenarnya result tu okay je. Cuma yang mengecewakan sangat bila subjek yang aku target A boleh jadi B. Bukan B+ tau. B biasa tu je. And subjek tu ialah english. Dah la aku belum ambik muet lagi. Terus terasa diri ni bodoh sangat english. Selama ni aku improve vocab macam takda makna je.
Maghrib tadi najwa whatsapp aku. Tanya pasal result. Aku jawab okay la alhamdulillah. Then dia pun kata okay jugak. Tapi memasing hide pointer hahaha. Yang tau pointer aku cuma Puan Ummi , Shera dengan Encik engineer je. Then najwa cerita la english dia B- so pointer dia jatuh agak teruk. Terdetik jap kat hati. Pointer aku jatuh pun sebab english gak. Sama pulak ek ? Sambil whatsapp tu aku scroll twitter. Nampak la budak kelas aku yang 4 flat sem lepas tweet. Pointer jatuh sebab english. And i was like...again ? So bukan aku je la yang teruk english ? Walaupun mungkin jatuh dia tu takat A- ke tu aku tak tau la. But then the issue sekarang bukannya pasal bodoh english ke apa. Mungkin penadaan strict atau carrymark rendah ke. Carrymark english kite orang memang lecturer tak bagitau. Dia kata rahsia. Lawak kan ? Aku syak sebab semua rendah sangat. Hahahaha
Kebetulan time tu jugak member aku yang dr uitm lain whatsapp. Dia kata dia fail Financial Accounting. Terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut macam aku. Dia cakap tak bagitau lagi mak ayah dia sebab takut. Baru aku tersedar. Aku pointer jatuh still dekan pun tak reti syukur. Kawan aku failed kot ??? Tapi dia still cakap alhamdulillah. And masih strive untuk score for the next sem walaupun dia kena extend. Shame on myself. Sigh. So aku terus capai laptop and update my story. Mulai malam ini, sy akan bersyukur dengan segala rezeki dan dugaan yang Allah berikan. InshaAllah. Jadi kawan-kawan ayuhlah kita ucapkan alhamdulillah untuk nyawa korang yang masih lagi dikandung badan sewaktu membaca cerita poyo aku ni HAHAHAHHA. Tu je la aku nak cerita. Kalau Kang Gary tutup episode last dia dengan one clap , aku tutup cerita aku dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Bajet alim. Ala kasi support la okay. Nanti kalau aku banyak idea dan kerajinan menaip aku terlampau tinggi , aku update lagi okay.😉
Aku rasa dah berzaman gak tak post kat belog cumil-cumil ni. Dah bersawang dah ni. Kalau ada dinding ni , dah retak-retak aku rasa. tinggal tunggu jentolak datang nak robohkan. Tudia merepek aku memang tak pernah hilang. Pagi tadi aku baru je habis jawab paper CTU231 which is perakaunan islam. Tamat lah sudah subjek ctu dari sem satu hingga tiga. Sem depan dah takde subjek yang menggunakan bahasa melayu. Fully english. Dah takdak ustaz nak buat lawak lagi. Aww saya sedih sangat. T_T
Tak tau la kenapa aku rasa tough sangat sem 3 ni. Baru sem 3 kutttt. Freshie lagi orang kata. Banyak sangat dugaan masa sem 3 ni. Entah lah mungkin banyak dosa kut ? Opss *muhasabah diri + perli diri sendiri* .... Masa permulaan sem tu okay je takda masalah pun. Ye laa awal sem kan. Takda benda sangat pun. Test quiz tu jauh sekali. Lecturer pun asyik cancel kelas je. Memang best la puasa kalini. Teringat masa sem satu , aku dok buka kat bilik je dua orang dengan rumet. Dia kat meja dia , aku kat meja aku. Sampai la habis puasa. Masa tu memang tak terpikir nak ada kawan ramai-ramai. Sebab buat apa nak simpan kawan ramai-ramai kalau semua tak boleh pakai kan ? Lagi pun masa sem satu abah tak bagi keluar. Gi pekan tapah pun , call mintak izin. Kena soal siasat dulu pi dengan sapa , nak cari apa hahaha. Abah i memang strict sikit. Sikit je tau. So disebabkan itu aku tak pernah merasa buka puasa kat luar. Kau bayangkan la sebulan dok dalam bilik , kelas , katil , kafe. Tu je life guwe. HAHHAHA. Dah sem 3 ni baru la merasa buka kat luar. Baru la aku nampak bumi Ipoh , Kampar, Lumut , Sri Iskandar tu cemana. Kalau tak , memang terperuk je weh kat Tapah ni.
*gambar hiasan semata*
Okay cerita terbaru yang perit dalam hidup aku ni masa last week sebelum final. Cerita bermula masa aku balik raya haji tu. Balik perak naik bas UiTM. And yang tahi sangat bas tu tak stop lunch langsung. Kau bayangkan la dia jalan dari pukul 10 pagi sampai 5 ptg baru dia stop kat rnr. Sampai tu perut aku memang dah penuh angin. Tunggu masa je nak muntah. Sampai je kedai makan tu terus blueekkk kat sinki dia. Bengang siot muntah kat public. Tapi mase tu tak pikir apa dah. Aku tau aku nak sihat je. Sampai kolej memang barai teruk badan aku. 2 hari gak aku gi kelas dalam keadaan sakit nak mampus. Gastrik teruk. Hari Selasa malam tu makcik aku datang pick up aku balik Johor, Sebab memang tak larat sangat dah. Dah la minggu tu banyak test , group assignment nak submit. End up aku ambik test sorang2 masa study week. Sedih sangat k. Group assignment tu memang aku tak membantu langsung. Harap nama je ada kat page depan. Sorry gais aku still rasa bersalah sampai sekarang expecially kat shera. Hukhhuk :(
Next yang perit nye masa aku sakit gigi. Masa tu balik dari raya aidilfitri. Aku ni asal balik raya je bawak penyakit hahaha. Citernya masa raya tu aku dok telan coolbelog. Gigi memang dah start sakit. Tapi aku buat tak layan je. Sekali masa nak balik tu dia berdenyut nak mampus. Sepatutnya aku balik Perak hari Ahad tu , tapi terpaksa la extend cuti and skip kelas. Nasib baik kelas Isnin tu tak berat mana. Agama dengan English je. Ahad tu umi terus bawak gi klinik gigi and dokter cakap gusi bernanah. Hambik kau. Seminggu gak telan antibiotik. Dah balik Perak tu , aku kena gi lagi klinik gigi. Sebab masa tu antibiotik dah habis. Tapi sakit tak habis lagi. So dua kali gak aku berulang klinik tu. And kali kedua tu terus cabut. Gigi graham lak tu. Gigi yang diguna utk kunyah makanan. Menyesal gila minum coolblog. Sampai sekarang aku tak pernah minum coolbelog lagi. Serik duh. Cukup la aku hilang satu gigi hahaha tak sanggup nak pakai gigi palsu. Macam orang tua-tua je takde gigi ni kan ?
Ada lagi 3 paper menanti untuk final ni. Aku rasa dah boleh start study kut ? *sambil bukak youtube layan lagu awie dulu*
Halu haluu. Dah masuk 2016 ni , ada lagi ke reader yang baca blog kebudak-budakan aku ni ? Hahaha dah masuk umur 19 ni em masih lagi berperangai kanak2 ribena. My bff since school tu pun dah nak kahwin. Kau nurin ? Masih lagi duduk depan laptop layan runningman , big hero 6 , korea , korea , korea. Btw nak ucap selamat pengantin baru buat my bff , Fatin yang akan berkahwin pada bulan Mei ini. Aku tau terlalu awal untuk wish. Tapi maaf la aku excited pulak member nak naik pelamin. Walaupun aku akan jadi penonton je nanti hukhuk *crying sekejap*. Sebenarnya aku masih lagi terkejut kawan baik sorang ni nak kahwin. You know , your kawan baik since form 1 wehhh, since aku selekeh lagi dulu sampai sekarang , dah nak mendirikan rumah tangga. Dulu masa sekolah menengah bila cakap pasal kahwin je memasing excited nak jadi pengapit la , nak jadi tetamu VIP la and so on. Laaa ni semua ke laut sebab jadual study tak sama. Tak kesah la yang penting aku akan pastikan aku datang gak wedding kawan baik sorang ni. Najwa , awak bila pulak ? HIHIHI *tak sedar sendiri pun tak kahwin lagi*. Too early kot bagi aku la. Nak enjoy dulu keluar dengan kawan2. Travel around the world dulu. Ecewahh.
Okay lets start our topic for today. "Dah tau kenapa tanya?". Ramai orang sekarang suka sangat tanya benda yang dia orang dah tau. Padahal dia dah nampak dengan mata sendiri apa yang orang lain tengah buat. For example :
Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?
Look , Nana nampak kut apa yang Yaya sedang buat. Tapi kenapa dia tanya benda yang dia dah tau ? Okay si Nana sedang cuba untuk bermesra dengan Yaya. Kadang kadang pertanyaan macam tu yang buat kita rapat dengan orang lain. Contoh paling besar bila kat kolej atau asrama. Ada curtain orang dia suka sangat duduk bilik. Dah macam kepompong dah bilik dia tu. Kalau boleh taknak keluar langsung. So orang macam ni dia susah sikit nak berkenalan dengan jiran-jiran bilik dia. Sometimes dengan roomate sendiri pun jarang borak. Terlalu sibuk dengan dunia sendiri. Jadi soalan "dah tau kenapa tanya" seperti inilah yang mampu membuatkan mereka rapat dengan orang sekeliling. Contoh paling simple macam sidai baju tu la. Permulaan conversation yang agak annoyed. Ye la , dia dah tau tapi still tanya lagi. Tapi , kita tau ke apa sambungan conversation td ? Kita takkan sangka sambungan perbualan tu dapat eratkan hubungan dengan orang sekeliling.
Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?
Yaya : Yee nak tolong ke ?
Nana : Em boleh je. Wangi sabun awak ni.
Yaya : Saya pakai sabun Breeze. Dia ada pelembut sekali tau. Ni pun dah abis dah. Petang ni nak keluar gi beli sabun jap
Nana : Ohh saya pun nak cari barang jugak. Boleh saya join awak ?
Yaya : Boleh je. Nanti kita gerak sekali ye
See ? Nampak benda tu macam simple. Tapi benda simple ni la yang bantu awak semua untuk rapat dengan kawan2 sekeliling. Kita je kadang berfikiran terlalu jumud. Bila orang tanya , kita balas dengan ayat perli. Tak terkecuali la diri aku sendiri. But then sama-sama la perbaiki diri ye. Orang sekeliling ni yang jadi penilai untuk sahsiah dan adab kita. Sometimes bila kita terkasar bahasa orang dah taknak berbual lagi dah dengan kita. Puncanya kata-kata sendiri jugak.
Yaya : *sedang sidai baju*
Nana : Haii sidai baju kee ?
Yaya : Aik ? Buta ke ? Taknampak orang tengah sidai baju ni ?
Nana : "eee biadabnya dia ni. Dah la sombong. Jangan harap aku nak tegur lagi"
Kita takkan tahu apa orang cakap pasal kita dalam hati dia orang. Dan kita takkan sangka perkara kecik macam tu boleh jadi besar. Jadi konklusinya di sini, kita layan je la soalan "dah tau kenapa tanya" ni. Banyak bagi manfaat juga sebenarnya. Tapi kita yang cuba nak bermesra dengan orang ni jangan la tanya soalan "dah tau kenapa tanya" ni tak kena tempat. Buat orang lain jadi annoyed nak mati dengan kita. Contohnya:
Nana : Aaaaaaa ada charlie !!! Tolongggg !
Yaya : Mana charlie ? Meh saya seletip
Nana : Tuuuuu *sambil tunjuk*
Yaya : Okay dah. Memang takut charlie ke ?
Lawak kut soalan tu. Budak tu dah ketakutan dengan haiwan tu , awak boleh tanya "memang takut ke ?". I dont think soalan ni sesuai untuk bermesra. Tapi kalau dah terlepas pepandai la cover balik. So that orang takkan annoyed dengan kita. Ye tak ?
Ada lagi satu situasi di mana aku masih curious kenapa kita selalu buat. Bayangkan awak semua di sebuah kedai handphone. Dan awak pun bertanya
"Bagus ke phone ni?"
"Bagusss. Memory dia besar. Takkan hang punya la blablabla."
Awak. Sedar okay. Awak sedang bertanya dengan promoter. Memang dia akan cakap bagus punya. Trust me. Benda tu kerja dia and ada komisen untuk setiap produk yang terjual. Jadi soalan awak tu mungkin boleh diubah kepada soalan yang lebih sesuai.
"Berapa besar memory phone ni ? Boleh masuk sd card ?
"Warranty berapa lama ?"
Tanya soalan yang lebih berisi dan memberi manfaat kepada kita sebagai pengguna. Kau takyah layan promoter dia cakap bagus ke apa ke. Serious jangan layan. Aku paling benci bila nak beli barang , promoter cakap benda tu bagus and puji barang dia melambung sikit punya tinggi melangit. Benda yang aku avoid selalunya ialah promoter. Kita akan tau benda tu bagus bila benda tu memenuhi segala keperluan kita. Contoh nak cari kasut sukan yang selesa berwarna biru. So kau pun pergi la kedai kasut. And kau jumpa satu kasut ni. Selesa , saiz kau pun ada tapi warna yang kau nak dah habis. So the promoter will be like
"Warna ni pun cantik dik. Sesuai dengan semua jenis warna pakaian"
Sekali lagi aku cakap , sila ABAIKAN ! Kau jangan dengar langsung apa promoter tu cakap. Kau letak balik kasut tu and pergi cari kasut lain. Cari sampai kau puas hati dengan saiz and warna semua. Tapi kalau rasa taknak buang masa and perlukan benda tu segera , kau beli je la. Cerewet ni kadang kita boleh layan kalau kita ada banyak masa je. Hahaha. Tapi sampai sekarang aku masih tak suka dengan promoter. Sebab aku selalu sangat menyesal bila dah beli. Because i didnt get what i want. So i will avoid the promoter and cari barang yang aku nak sampai aku betul2 puas hati. Mohon kepada encik engineer , tabahla dengan perangai shopping aku yang satu ni. Cerewet hhahahaha. Okay la setakat ini sahaja aku merepek. Next time kalau jari aku nak menari lagi kat keyboard ni aku post lagi yaa. Daaa