Aku ade story la sikit pasal orang belagak ni. First ape maksud belagak ? Cewahh macam karangan bm dah kena ada definisi bagai. Ok belagak ni bagi aku la macam satu perbuatan atau percakapan yang menjurus kepada riak. Uiks keluar dah ustazah dia. Hehehe. Aku ni kadang belagak jugak tapi dengan family je la. Dengan membe kurang sikit kut. Sebab family ni rapat dengan kita. So depa paham pe'el (perangai) kita macam mana. Jarang sangat family aku kecil hati dengan aku. Masing masing dah paham aku. Tapi kalau dengan kawan aku rasa macam tak patut untuk belagak. Takut jugak kena kutuk ke kena bash ke. Tak memasal aku kena berkurung dalam gua berkawan laa dengan kelawar. Tu pun kalau kelawar tu sudi jadikan aku kawan dia orang. Kalau tak ? Forever alone je laa kan. Ape la nasib. Uih jauh dah aku merepek.
Berbalik pada topik kita. Aku ni jenis layan je budak budak belagak. Seronok tengok orang belagak ni sebenarnya. Sebab nya belagak mereka tu boleh kita jadikan point untuk perli depa balik. Haha kalau bab perli perli ni memang serah je kat aku. Confirm kaw kaw gua kasi. Macam m16 tu kasi pom pom sampai la depa diam. Kalau dah diam tu maksud nye depa sedar la yang depa kena perli. Kalau kau dah perli tapi depa still lagi tak terasa tu aku cadang kau buat kenduri tahlil je. Kasi ingat sikit pasai mati. Hah tudia baru sentap abis kan. Story yang aku nak share ni sebenar nya pasal sorang kawan aku ni. Nama dirahsiakan la. Bukan nak kutuk. Cuma nak share je supaya tak ade la orang kat dunia yang jadi belagak macam kawan aku buat ni.
Pagi tadi SPM paper Sejarah. Hah memang ramai sangat 'suka' subjek ni kan. Aku tau laa . Tak payah tipu. Sebab aku pun sama. Sangat tak minat sejarah sejarah ni. Bak kata orang tua tua BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG. Aku cuma ikut je nasihat orang dulu dulu kan kan ? Ha semua ye kan. Entah pape la kau orang ni. Tapi bagi aku Sejarah ni memang patut semua tahu. Supaya kesilapan orang dulu dulu tu kau tak ulang. Kang kena jajah lagi baru tau. Aiyokk. Jangan biarkan pisang berbuah lima kali. Ewah perosak bahasa betul aku ni. Okay sambung story.
Nak dijadikan cerita masa pengawas exam tengah kutip kertas exam tu kawan aku tegur la kawan sebelah dia. Kebetulan pulak aku duduk belakang dia. Jadi dengan baik hati nya aku pun pasang la telinga. Wei kalau tak pasang telinga pun aku tetap dengar tau. Ha jangan nak kutuk aku pulak. Hahaha. Okey dia tegur kawan sebelah dia and berkata kata dengan kuat nya. Saja nak bagi aku dengar la tu. Kau tau dia cakap ape ?
"Wei senang gila babi soalan ni kan?"
And kawan sebelah dia pun jawab
"Bole la. Haha *ketawa tak ikhlas*"
Hahaha kalau aku pun akan jawab macam tu . Aku tau ape perasaan orang yang menjawab tu. Sebab bagi aku la soalan sejarah kali ni macam quite susah la. Nak kata susah sangat tak jugak. Nak kata senang gila babi pun tak jugak. Medium la ha. Tapi kawan aku yang berkata senang gila babi tu memang rajin menghafal. Trial hari tu pun dia dapat A+ Jadi aku tak heran la dia cakap macam tu.
Cuma pada pendapat aku la dia tak patut cakap macam tu. Sebab nya kita semua masih ada Allah yang maha kuasa. Orang yang riak ni selalu cepat je dapat balasan. Aku selalu kena bila riak sikit dengan adik aku tu. Tapi taubat dah. Takut aku nak riak lagi. Aku bukan doakan yang tak baik untuk dia. Cuma nak mengingatkan sahaja. Aku nak nasihat dia tapi takut kena marah lak. Sebab kawan aku ni jenis kuat marah sikit. Kang tak memasal dua cakap aku belagak suci. Aduhaii. Jadi aku hanya mampu diam dan terus diam. Tak apa la. Mungkin dia saja je gurau. Who knows ? Ok la aku harap sangat kau orang jangan riak walau apa pun rezeki yang Allah bagi pada kau. Bersukur lebih baik okay ?
No comments :
Post a Comment