Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard ? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
My Lovely Belog

07 November 2014

Cinta Alam Maya (Part 1)

*facebook message*
"Wei Imran . Dota aku tak boleh on . Tolong la"
"Ah kau ni. Asyik tak boleh on je. Aku main okay je. Tu la kau perempuan. Dia suruh kau masak tu"

Begitu la Imran dan Iman. Setiap hari ber'chatting' di facebook. Tidak kira benda kecil mahupun perkara besar pasti Iman akan memohon bantuan dari Imran. Satu kelebihan Iman yang membuatkan Imran senang berkawan dengan dia ialah Iman sangat hebat bermain dota. Jarang jarang dilakukan oleh gadis lain. 

Mereka kenal sejak di bangku menengah rendah. Dan mulai rapat sejak menjejaki alam menengah atas. Imran seorang lelaki yang tidak berapa suka berkawan dengan perempuan. Namun tembok keegoannya telah dipecahkan oleh seorang gadis kecil molek yang sangat gemar bermain permainan video. Imran juga seorang yang pakar dalam bidang software. Dia sering membantu Iman jika sesuatu kerosakan berlaku kepada komputer Iman. Dota. Permainan video yang menemukan mereka berdua.

Imran sering dikalahkan oleh seorang pemain dota yang menggunakan nama QueenOfDota. Oleh sebab dia selalu tewas, Imran bertekad untuk mencari tahu pemilik nama itu. Sehingga satu hari dia menemui facebook pemain dota itu.

"Eh macam kenal je nama QueenOfDota ni. Baik aku add" 

Dalam masa yang sama Iman juga sedang sibuk melayan teman teman mayanya di facebook.

"Ada orang add. Siapa ya? Approve je la. Boleh tambah senarai kenalan aku."  
Bermula kisah perkenalan mereka. Imran yang mengetahui Iman sudah menerima dirinya di dalam facebook, terus sahaja menyapa gadis itu melalui facebook messenger. 

"Hai . Boleh berkenalan ?"
"Kau siapa tetibe je add aku?"
"Garangya. Aku Imran. Player dota yang selalu dikalahkan oleh QueenOfDota"
"Owh kau ke yang pakai nama ImranHandsome tu ? Mhahaha lembik! Tak pandai main dota jangan main. Buat malu kaum kau je la"
"Eh kau ni jangan kurang ajar. Aku tegur baik baik kan? Mana adab kau?"
"Okay maaf. Aku gurau je. Apa kata aku ajar kau main dota nak tak ? Tapi ada syarat."
"Boleh juga. Apa syaratnya?"

*****bersambung*****

P/s : maaf story budak budak. Banyak silap mohon beri tunjuk ajar. "Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

No comments :

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan . All Right Reserved To Me.