Lama sudah hamba tidak berkarya di sini. Ha tudiaa ayat gramatis sudah keluar. Hahaha well aku tak tahu ape yang mendorong aku tetibe nak menulis dalam blog yang dah bersawang ni. Aku rasa last aku blogging dua tahun lepas kot. Ntah la hamba pun tak ingat. Walaupun tak ada reader yang sudi membaca karya saya ini tetapi saya mahu juga meluah idea di sini.
Oke berbalik pada topik. Spm. Baru 4 subjek berlalu pergi tapi gua dah rasa pecah kepala macam kena headshot Pom Pom ! Aduhaii spm. Tahun ni kbat baru dimulakan. Dan kami la mangsanya. Ape kau ingat harimau je tau cari mangsa ? Spm pun pandai tau. Aku teringat masa first day spm. Gabra bukan main. Sampai karangan pun aku pulun tulis laju laju sebab masa dah nak abis. Tulisan memang tak payah cerita laa. Cakar ayam tu pun lagi berseri laaa. Haih
Bahasa inggeris for the second day. Aku mula mula memang terkejut beruk la bila essay story tu dia bagi situation kau tau. Aku macam nak hentak je kepala lembaga ni tau. Before this essay untuk story ada starting or ending with. Kali ni dapat situation fisherman. Macam nak mati aku dibuatnya. Tapi memikirkan masa depan gua yang masih panjang terpaksa ku cekalkan jugak hati ini. Ewahh. Dan paling aku tak boleh blah bila citer fisherman tu aku pusing sana pusing sini jadi cerita cinta. Aku syak mesti pemeriksa tu gelak gua punya story. Hamba pasrah saja la. Bukan ada nama aku pun kat paper tu. Hahahaha. Benda dah lepas jangan kenang.
Masuk hari ketiga. Mathematics! Memang favourite subject la. Susah mana pun aku tetap akan buat jugak. Yang jadi isu hangat nya bila dia jadikan persamaan serentak kepada ayat nangka dan durian. Ha kauu jadi bualan hangat laa kat laman sosial. Kau tau je la batch aku ni semua mulut kecoh. Aku pun termasuk la sekali. Tu yang kecoh satu dunia. Eh tak ada la sampai satu dunia. Aku ni kan kalau story taknak kalah . Hahaha
Next day was agama islam. Paper 1 memang hancur la. Tamadun tu gua memang menangis gila la. Aku tak tau apa yang susah tapi bagi aku memang susah. Salah satu sebab nya ialah aku ni tak minat membaca. Ha rasakan la penangan spm . Memang kaw kaw kena. Dengan kbat 6 markah dia. Sakit pulak hati pakcik ni. Alahai
And now tengah membaca sejarah. Eceh membaca la sangat. Dah aku tak minat membaca kau pikir aku akan baca? Tapi memang kena baca la memikirkan masa depan gua ni. Konon nya nak dapat PHD sebelum umur 30 tahun. Membaca pun malas berangan kuat.
No comments :
Post a Comment