"Syaratnya kau kena belanja aku mol point (topup untuk game)" balas Iman
Imran pun berfikir dahulu sebelum membalas mesej Iman di facebook nya.
"Baiklah. Esok petang aku beli. Bila aku boleh belajar dota ni?"
"Aku akan ajar kau sebaik sahaja mol point tu masuk dalam akaun dota aku. Okay? Aku nak sambung gaming. Bye"
Iman terus mematikan facebook lalu menyambung permainan video nya. Imran hanya tersenyum melihat mesej Iman.
'Tak menyabar betul perempuan ni. Tunggu nanti aku dah pro aku akan buli kau balik. Hahaha Imran berkata kata dengan dirinya sendiri.
*keessokan hari*
Imran tergese-gesa keluar dari 7-eleven setelah selesai membeli mol point yang diminta oleh Iman. Tanpa Imran sedari , seorang gadis bertudung bawal juga tergopoh gopoh untuk masuk ke dalam kedai itu. Imran tidak perasan kehadiran gadis itu lalu mereka bertembung sehingga kedua-dua nya jatuh terjelopok. Imran rasa bersalah atas kecuaiannya . Dia ingin meminta maaf kepada gadis itu tetapi tidak kesampaian apabila gadis itu terus memarahi dirinya.
"Woi jantan kebret! Kau buta ke hape ha ?! Mata letak kat lutut ?! Kau tak nampak ke aku nak masuk tadi?"
Imran yang terperanjat dimarahi begitu terus sahaja membela dirinya.
"Saya minta maaf. Saya nak cepat tadi. Awak cedera ke?"
Iman yang panas hati apabila dilanggar sehingga jatuh terus menambah lagi sakit hati lelaki di hadapannya itu.
"Kau saja je kan nak langgar perempuan kan? Cakap je kau nak ambik kesempatan. Celaka betul lelaki macam kau ni kan?"
Imran tidak mampu lagi menahan sabarnya.
"Wei perempuan tak guna. Aku cakap baik baik kau maki aku. Pernah rasa kena tampar dengan laki tak?"
Tanpa menunggu lagi , imran terus sahaja keluar dari kedai itu. Dia tidak mahu bergaduh dengan perempuan. Tiada dalam kamus hidupnya untuk memukul atau mencederakan perempuan. Perempuan lemah. Mereka patut dilindungi.
Pada malam itu , Imran bergegas membuka facebooknya. Masa yang dinantikannya telah tiba. Dia mencari nama Iman dalan mesej facebooknya.
"Iman online !" , getus hatinya
Imran terus sahaja menyapa Iman.
"Wei aku dah masukkan mol kau. Bila nak ajar aku ni?"
"Good job Imran. Okay on dota kau sekarang okay? Im waiting you in the game. Bye"
Selepas tiga jam Iman mengajar Imran,mereka pun berhenti bermain dan kembali berbual di facebook mereka.
"Imran,nak dengar cerita tak? Tadi aku pergi 7eleven nak jumpa kakak aku. Masa kat pintu tu aku terlanggar sorang mamat gila ni. Geram betul aku. Macam nangka busuk aku jatuh tadi. Hahaha"
Imran terkejut membaca cerita Iman lalu dia bertanya kepada Iman.
"7 eleven mana yang kau pergi tadi?"
"Ala 7 eleven kat Time Square tu la" balas Iman
Imran tersenyum dengan jawapan Iman. "Rupanya gadis bertudung tadi Iman ! Boleh tahan comel perempuan ni.", bicara Imran di dalam hati.
No comments :
Post a Comment